♥UKHUWAH♥

October 30, 2010

DOA SEMASA DUDUK ANTARA 2 SUJUD


Rabbighfirli (Tuhanku ampuni aku), Warhamni (sayangi aku), Wajburnii (tutuplah aib-aibku), Warfa'nii (angkatlah darjatku), Warzuqnii (berilah aku rezeki), Wahdinii (berilah aku petunjuk), Wa'Aafinii (sihatkan aku), Wa'fuannii (maafkan aku).. ALLAHUAKBAR. Adakah selama ini kt menghayati ...doa ini atau hanya ungkapan lisan tanpa makna? Bantu kami ya Allah.. Moga hati di dada tidak lg buta.

PERKONGSIAN


Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

- Artikel iluvislam.com-

MAAF



Memaafkan itu lebih dekat dengan Taqwa.Janganlah kamu melupakan keutamaan diantara kamu.Allah Maha melihat segala Yg Kamu kerjakan(AL-BAqarah 237)




October 27, 2010

RENUNGAN BERSAMA



Maksud Hadith Rasulullah SAW : Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW telah bersabda ; "Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian dia menyembunyikannya, maka Allah akan rantai di hari kiamat nanti dengan rantai dari api neraka. (hadith riwayat Abu Daud).

:)


Orang Yang Gagal Selalu Menjadikan Masalah Yang Kecil Menjadi Besar..Manakala Orang Yang Berjaya Menganggap Masalah Besar Itu Kecil..Bukankah Ujian Itu Tarbiah Dari ALLAH? Justeru Hadapinya Dengan Tabah! Semoga Natijah Esok Lebih Indah.


Sentiasa la senyum tak kira la sebesar mane kesusahan, kesedihan dan masalah kita. Senyuman tu menandakan ketabahan hati kita.

October 26, 2010

MADU LEBAH: KHASIATNYA MENURUT AL-QUR’AN DAN HADITH


Selaras dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moden di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu, berubat mengikut saranan Al-Qur'an dan hadith masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.

Menurut Nabi SAW, setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda SAW (maksudnya): "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" (Hadis riwayat Abu Daud)

Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam Al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, mahupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.

Firman Allah dalam surah an-Nahl (tafsirnya): "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." (Surah An-NAhl: 69).

Rasulullah SAW juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan Al-Qur'an. Baginda bersabda (maksudnya): "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Daripada hadith di atas ini, ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu, madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah diri daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Di samping itu, madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah SAW juga mengamalkannya.

Galakan memakan/ meminum madu di pagi hari ini diperkuatkan lagi dengan satu lagi hadith Nabi SAW. Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Selain itu, memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki.

Terdapat banyak lagi penyakit yang boleh sembuh melalui madu, termasuklah hidung tersumbat, ulser, anak yang kencing malam, dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.

Dalam erti kata kata lain, tidak dapat dinafikan lagi, baik melalui Al-Qur'an, hadith, mahupun amalan perubatan tradisional, sudah jelas terbukti bahawa madu sememangnya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Justeru itu, adalah menjadi suatu amalan yang baik sekiranya kita menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan. Amalkanlah pengambilan madu dalam kehidupan seharian kita kerana ia terbukti mujarab, dan pada masa yang sama, kita juga mengamalkan sunnah Nabi SAW. WALLAHU A3LAM...

POTONG KUKU MENGIKUT HARI2 TERTENTU??




Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Barangsiapa yang memotong kukunya pada ;

* Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Pernah dapat forward email sebegini atau terbaca pada mana2 entri rakan bloggers anda? Bagi yang pernah membacanya, apa pula tindakan kalian? Menerimanya lalu mengamalkannya? Atau mungkin juga anda “berniat baik”, berterima kasih atas “ilmu” yang disampaikan, lalu mengforwardkannya atau copy-paste untuk disebarkan kepada rakan-rakan yang lain?

Saya tidak menyalahkan sesiapa yang berbuat sedemikian. Tetapi maaf sebab saya ingin mempersoalkannya. Bukanlah berniat mahu tunjuk lagak pandai. Saya juga hanya insan biasa, masih banyak ilmu agama yang saya belum tahu.

Namun suatu perkara yang tidak seharusnya kita pandang ringan, ialah apabila kita menyampaikan sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW, maka pastikanlah ianya mempunyai sanad yang lengkap serta berstatus sahih, atau sekurang-kurangnya hasan. Janganlah dengan mudahnya declare sesuatu itu “hadith” tanpa mengkaji sanad dan matannya terlebih dahulu.

Saya masih ingat lecture untuk kelas Sciences of Hadith yang saya ambil 2 tahun yang lalu. Selain daripada melihat kepada sanad (perawi), cara mudah untuk detect kepalsuan sesuatu hadith ialah apabila matannya (isi kandungannya) kedengaran pelik dan janggal.

Justeru, itulah yang saya rasakan tatkala saya membaca “hadith” tentang hari-hari untuk memotong kuku ini. Timbul pelbagai persoalan di benak fikiran saya... Mana sanadnya? Andai benar itu hadith, siapa perawinya? Dan saya juga tertanya-tanya tentang matannya yang menurut saya, agak mengelirukan.

Memotong kuku adalah sebahagian daripada menjaga kebersihan diri. Dan Islam sendiri mengutamakan kebersihan. Lalu mengapa ada hari-hari yang dikatakan mendatangkan keburukan andai kita potong kuku pada hari-hari tersebut (Sabtu, Ahad, Selasa, dan Rabu), sebagaimana yang terdapat dalam “hadith” tersebut?

Dan yang lebih saya musykil... Bila saya perhatikan, tiap-tiap hari tersebut ada baik dan buruknya. Sama ada keluar yg buruk lalu digantikan dengan yg baik, ataupun sebaliknya. Mahu kedua-duanya, atau menolak kedua-duanya. Tapi kenapa untuk hari Rabu, dikatakan “Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan”? “Keluar daripadanya was-was” adalah sesuatu yg baik, kerana was-was itu datangnya daripada syaitan, sedangkan “masuk kepadanya kepapaan” adalah sesuatu yg tidak diingini setiap insan. See... bercanggah, kan? Lalu bagaimana? Tak kan lah kalau nak keluarkan was-was, kita kena “ambil risiko” kepapaan? Hmm.. betapa tidak logik..

Namun seperti yang saya nyatakan pada awalnya, saya bukanlah insan yang luas ilmu agama. Masih banyak yang saya belum tahu. Lalu atas kesedaran ini juga, saya merujuk kepada yang lebih arif [Boleh rujuk SINI dan SINI]. Dan apa yang saya dapati, kedua-duanya menyatakan bahawa ini BUKANLAH HADITH SAHIH!

Jadi kesimpulannya di sini, ingin saya mengingatkan diri sendiri dan teman-teman seIslam yang lainnya, agar berhati-hati dalam mendeclarekan sesuatu itu sebagai “hadith”! Janganlah sesekali kita sandarkan sesuatu itu kpd Nabi SAW dgn sewenang-wenangnya tanpa mengkaji selidik sanad dan matan sesuatu hadith itu, dan lebih “parah” andai kita menyebarkannya pula kpd orang lain... Ingatlah, ancaman menyebarkah hadith palsu adalah sangat berat!

"Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka." - Hadith Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadith no.109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta ke atas Nabi SAW). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadith no. 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta ke atas Rasulullah SAW).

Maka berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita. Janganlah menyebarkan sesuatu atas nama “hadith” andai tidak mengetahui dengan pasti akan status kesahihannya. Semoga kita semua tidak disiapkan Allah dengan api neraka atas kelalaian kita... Aamiiin...

~saya yang masih jahil... dan bersedia menerima teguran andai diri di pihak yang salah~

WALLAHU A3LAM...



WANITA DI SISI LELAKI



Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki, tidak seorang pun dapat nafikan. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi hidupnya tanpa wanita. Inilah hakikatnya.

Jangan katakan lelaki biasa, Nabi juga terasa sunyi tanpa wanita. Hati, fikiran, dan perasaan lelaki akan menjadi resah tanpa kewujudan wanita di sisinya. Masih tetap mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Jika difikirkan, apa lagi yang masih kurang dan tidak ada di dalam syurga, tetapi Nabi Adam AS tetap juga rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, maka dia tidak akan mampu untuk meluruskan mereka. Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Justeru itu, luruskanlah wanita dengan cara yang sebenarnya, iaitu cara yang ditunjukkan Allah, kerana mereka itu dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta,
nanti mereka semakin liar,
jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
nanti mereka semakin menderita...

Sesungguhnya yang sementara itu (harta kekayaan juga kecantikan) tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya, kenalkanlah mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya.

Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah satu kelemahan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan sebagainya.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Apabila wanita menjadi derhaka, maka dunia akan menjadi huru-hara. Apabila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.

Para lelaki pula, janganlah hanya mengharap ketaatan, tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri terlebih dahulu kepada-Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan anda.


JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH
KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI

October 25, 2010

KELEBIHAN YASSIN



RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

MANIS


Selangkah ke alam perjuangan, bererti selamanya dalam kepahitan. Biarlah menangis, terluka, kecewa dan ditinggalkan kerana Allah daripada mati terkambus tanpa mujahadah. Kita tidak sanggup selamanya terluka. Tapi ingatlah setiap titisan darah dari luka dan air mata adalah MAHAR kita ke syurga. Jika ditanya, "mengapa berjuang itu pahit?" Jawabnya, "kerana SYURGA itu manis".

October 24, 2010

[FIQIH]DEFINISI HAIDH DAN WAKTUNYA


Darah yang keluar dari kemaluan wanita ada tiga macam. Pertama adalah darah haidh, yaitu darah normal yang keluar secara periodik (bulanan) yang menunjukkan bahwa wanita itu dalam keadaan sehat Kedua adalah darah istihadhah, yaitu darah yang keluar dari kemaluan wanita justru karena wanita itu dalam keadan sakit. Dan ketiga adalah darah nifas, yaitu darah yang keluar bersamaan dengan anak bayi ketika melahirkan. Masing-masing jenis darah wanita ini mempunyai hukum tersendiri.

Pengertian Haidh.

Secara bahasa haidh itu artinya mengalir. Dan makna haadhal wadhi adalah bila air mengalir pada wadi itu.



Secara syariah haidh adalah darah yang keluar dari kemaluan wanita atau tepatnya dari dalam rahim wanita bukan karena kelahiran atau karena sakit selama waktu masa tertentu. Biasanya berwarna hitam, panas, dan beraroma tidak sedap.

Di dalam Al-Quran Al-Kariem dijelaskan tentang masalah haidh ini dan bagaimana menyikapinya.

Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.(QS. Al-baqarah :222)

Demikian juga di dalam hadis Bukhari dan Muslim disebutkan tentang masalah haidh bagi seorang wanita.

Dari Aisyah r.a berkata ; "Bahwa Rasulullah SAW bersabda tentang haidh, "Haidh adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah kepada anak-anak wanita Nabi Adam (HR. Bukhari Muslim)

Usia Mulai dan Berakhirnya Haidh.

Para ulama sepakat menyebutkan bahwa haidh itu dimulai pada masa balighnya seorang wanita, yaitu kira-kira usia 9 tahun menurut hitungan tahun hijriyah. Atau 354 hari secara hitungan hari .
Dan haidh itu akan berakhir hingga memasuki menopouse atau sinnul-ya'si. Maka bila ada darah keluar sebelum masa rentang waktu ini bukanlah darah haidh tetapi darah penyakit.

Namun para ulama berbeda pendapat tentang kapankah sinnul-ya'si untuk seorang wanita. Imam Abu Hanifah menetapkan bahwa sinnul ya'si itu terjadi pada usia 50 tahun. Sedangkan Al-Malikiah mengatakan pada usia 70 tahun. Apapun kalangan mazhab As-Syafi'iyah justru berpendapat bahwa tidak ada batas usia akhir, sehingga selama darah itu masih keluar, maka seumur hidup masih dianggap haidh. Terakhir pendapat kalangan Al-Hanabilah mengatakan 50 tahun dengan dalil :
"Bila wanita mencapai usia 50 keluarlah dia dari usia haidh (HR. Ahmad).

Lama Haidh Bagi Seorang Wanita

Sedangkan berapa lamanya seorang wanita secara normal mendapatkan haidh, para ulama memberikan pendapat yang beragam.

Mazhab Al-Hanafiyah mengatakan bahwa paling cepat haidh itu terjadi selama tiga hari tiga malam. Dan bila kurang dari itu tidaklah disebut haidh tetapi istihadhah atau darah penyakit. Sedangkan paling lama menurut madzhab ini adalah sepuluh hari sepuluh malam, kalau lebih dari itu bukan haidh tapi istihadhah.

Dasar pendapat mereka adalah hadis berikut ini.
"Dari Abi Umamah bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Haidh itu paling sepat buat perawan dan janda tiga hari. Dan paling lama sepuluh hari. (HR. Tabarani dan Daruquthni dengan sanad yang dhaif)
Mazhab Al-Malikiyah mengatakan paling cepat haidh itu sekejap saja. Sehingga bila ada seorang wanita mendapatkan haidh dalam sekejap itu, maka puasa, shalat dan tawafnya batal. Namun dalam kasus 'iddah dan istibra` lamanya satu hari .

As-Syafi'iyah dan Al-Hanabilah mengatakan bahwa paling cepat haidh itu adalah satu hari satu malam. Dan umumnya enam atau tujuh hari. Dan paling lama lima belas hari lima belas malam. Bila lebih dari itu maka sudah dianggap sebagai darah istihadhah. Pendapat ini sesuai dengan ucapan Ali bin Abi Thalib r.a yang berkata : "Bahwa paling cepat haidh itu sehari semalam, dan bila lebih dari lima belas hari menjadi darah istihadhah."

Lama Masa Suci

Masa suci adalah jeda waktu antara dua haidh yang dialami oleh seorang wanita. Masa suci memiliki dua tanda. Pertama; keringnya darah. Kedua; adanya air yang berwarna putih pada akhir masa haid.
Untuk masa ini, mayoritas ulama selain Al-Hanabilah mengatakan bahwa masa suci itu paling cepat lima belas hari. Sedangkan Al-Hanabilah mengatakan bahwa : 'Masa suci itu paling cepat adalah tiga belas hari. Sedangkan untuk masa yang paling lama dari masa suci para ulama sepakat mengatakan tidak ada.

Sumber : Ust. Ahmad Sarwat

TERANGKAN HATI KAMI


Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ya Ilahi Robbi, tambahkanlah ilmu kami dan luaskanlah kefahamankami
Ya Ilahi Robbi, lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah urusan kami.

amin..

October 23, 2010

SOLAT DARI SUDUT KESIHATAN

1) Berdiri (anggaran masa:60 saat)
Berdiri cara ini merupakan istirihat yg sempurna.Ini kerana otot2 di bahagian atas dan bawah belakang badan di rehatkan,cara ini juga dapat menghindarkan sakit tulang belakang dan membentuk personaliti fizikal yg sihat. Pandangan mata di tajamkan dengan memfokus lantai di tempat sujud.bahagian atas dan bawha pusat otak di satukan untuk tujuan yg satu iaitu menghadap Allah.. Seterusnya akal, jiwa dan perasaan di bawa bersama menghayati bacaan alFatihah..Bacaan itu akang merangsang, membersih dan menguatkan jantung, thyroid, kelenjar pineal, pituitary, buah pinggang, dan paru2.


2) Rukuk (anggaran masa:12 saat).

Dalam situasi ini, darah di pam ke bahagian dada.otot2 di bahagian bawah belakang badan, paha dan betis akan tertarik sepenuhnya di samping menegangkan oto2 di perut, abdomen dan buah pinggang,Ini akan memberi kesan yg baik pada keseluruhan personaliti fizikal dan rohani.


3) iktidal (anggaran masa: 5 saat).
Semasa bangun dari rukuk (iktidal), darah pada bahagian dada tadi akan kembali ke seluruh badan, membawa bersamanya toksin (racun dalam badan) ke hujung kaki dan tangan. Pada masa yg sama, fikiran menjadi tenang dan badan akan terasa rehat.



4) sujud (anggaran masa 12saat)
Posisi sujud ini mempercepatkan pengaliran darah ke bahagian atas badan, terutamanya pada bahagian kepala(mata, telinga, hidung) dan paru2. Darah yg berkumpul ini akan membersihkan kelebihan kandungan toksin di kepala. Keistimewaan bagi ibu-ibu yg hamil ialah mengukuhkan kedudukan janin dalam rahim dan memudahkan proses kelahiran bayi. Lutu yg membentuk sudut tepat dapat menguatkan perut dari menggeleber. Sujud dalam beberapa saat akan membersihkan rongga pernafasan dan sistem pengaliran darah serta sistem saraf. Menyeimbangkan sistem saraf simpatetik dan saraf para-simpatetik.

5) Duduk
Posisi jari kaki yg berlipat (termasuk juga cara melipatkan kaki ketika sujud) merupakan kaedah pengurutan refleksi terhadap saraf mata, saraf telinga, saraf di tengkuk dan keseluruhan bahagian kepala, Ini membantu dalam mengatasi masaalah sakit pada bahagian kepala. Cara jari di lipat juga kana membantu pembuangan toksin dalam hati dan menguatkan gerakan peristalsis usus besar. Ia juga membantu penghadaman makanan dengan menolak bahan makanan ke bawah.

wallahualam

October 21, 2010

PERKONGSIAN


Dari Abu Hurairah r.a. katanya:Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda,“Umat ku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat dahulu”. Sahabat bertanya,“Apakah penyakit umat terdahulu itu?” Nabi saw. menjawab, “Penyakit itu ialah

(1)terlalu banyak seronok,
(2)terlalu mewah,
(3)menghimpun harta sebanyak mungkin,
(4)tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,
(5)saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim”.

^__^


Kita Semua Dilahirkan Sebagai Seorang Pedagang, Mengambil Sesuatu Berarti Harus Mengorbankan Sesuatu. Lakukan Yang Seharusnya Dilakukan, Dan Jangan Lakukan Yang Tidak Baik Dilakukan.Proses Yang Baik Adalah Melalukan Hal Yang Benar Dan Bersabar Dalam Menanti Hasilnya. ...Inilah Yang Dimaksudkan Dalam Kepasrahan Dalam Berserah. Lakukan Yang Terbaik Untuk Hari Ini ^_^

October 20, 2010

TERCIPTANYA AKU



Terciptanya aku daripada nutfah
Dan kemudian kepada 'alaqah
Menjadi mudghah
Pembentukan tulang; izam dan lahm
Terus ke nasy'ah khalqan akhar.

Dan tertiuplah roh;
Tiba masa dilahirkan
Seorang manusia menjenguk dunia atas ketentuan Tuhan.

Bercambah usia,
Aku melihat bumi kekeringan.
Dan Dia menurunkan hujan.
Menumbuhkan tumbuhan indah permai.

Terciptanya aku daripada nutfah
Apakah sujud kepadaNya begitu susah.
Kenapa ikhlas kepadaNya jadi payah.
Atau kita yang tak mahu mengalah
Dengan nikmat dunia yang melimpah-ruah.

Kesunyian membajai keraguan.
Tangisan pagi hari berganti malam.
Terdengar sayupnya esakan menangisi dosa.
Baru sedar; terciptanya aku daripada nutfah saja.

pelangi hati

SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK DIRI INI DAN SEMUA


Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

SHARE FROM MD REDZUAN