♥UKHUWAH♥

October 18, 2009

CINTA PADANYA

HambaAllahygrndukankasiHiLLahi

Cinta pd Nya....
Cintamu hanya karena cinta padaNya
Cinta nan indah bersandarkan taqwa
Cinta yang berbentuk crystal lembut dihatimu
Cinta yang memancar terangi crystal hatimu
Cinta kepada-Nya adalah cinta sebenarnya
Cinta dalam ketentuan aqidah-Nya
Cinta yang selalu bersenandung syurga
Cinta lembut penuh kasih sayang-Nya
Semoga cinta itu kita memiliki sepenuh jiwa
Jiwa tenang akan dzikir-Nya
Cinta yang basah dengan alunan lidah akan nama-Nya
Cinta yang suci semulia kehadirat-Nya

..Jutaan terima kasih kepada sahabat yang mengirimkan kepada ana..

October 9, 2009

AL-FATIHAH



Al-Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

Al-Fatihah

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful (1)
Praise be to Allah, Lord of the Worlds, (2) The Beneficent, the Merciful. (3) Owner of the Day of Judgment, (4)Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. (5) Show us the straight path, (6) The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7)

MAAFKAN ANA

)..)..)


bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaykum wbt..
Salam ukhuwwah wa mahabbah buat sahabat smua..
Bertemu kerna Allah kita jua di sini..
salam terindah..
salam sejahtera para penghuni Syurga..
salam yg harumnya melebihi kasturi..
sejuknya bak embun pagi..
salam hangat sehangat sinar sang suria waktu dhuha..
salam suci sesuci telaga kautsar..
salam semanis kurma..
salam halawatul ukhuwah fillah abadan abada wa daiman fiqolbi..
tiada madah indah dapat ku karang buat tantapan kalian sume

sahabatku kerna masa terlalu pantas memburu.
subhanallah..maha suci ALLAH..
terlalu banyak dosa yang hamba lakukan..
terima taubatku ya ALLAH..Allahuakbar..
selamat beribadat dan bermuhasabah sahabat2..
yang baik itu segalanya dr ALLAH..
dan yg buruk itu dari diri ana sndiri..
salam mawaddah...


pertemuan telah ditakdirkan

antara kita tidak pernah dirancangkan

manalah takdir hendak dilawan

semuanya ketentuan tuhan

wahai sahabat sematkan semua kenangan

yang telah bersama sama kita lalui

suka dan duka memburu impian

moga teguhnya ikatan ini

sahabat yang amat ana kasihi

susah senang disamping ana

kehadiran mengubat sepi dihati ana

wahai sahabat sematkan semua kenangan

yang telah bersama sama kita lalui

suka dan duka memburu impian

moga teguhnya ikatan ini

sahabat yang amat ana cintai

susah senang disamping ana

walau kini hilang dimata

namun tetap dihati ana

sahabat bertuahnya ana rasa

mendapat teman sepetimu

membimbing menasihati ana

hanya satu dlm beribu

sahabat yang amat ana cintai

susah senang disamping ana

walau kini hilang dimata

namun tetap dihati ana

namun kini hanyalah tinggal kenangan

pertemuan kita dilamat perpisahan

kemesraan bermekar diakhir perkenalan

sayup menitiskan air mata ana..

~~UNTUKMU SAHABAT~~~~

ana menadah tangan berdoa
Memberitahu Tuhan yang ana bersyukur....
kerana ALLAH telah mengurniakan
seorang sahabat sepertimu kepada ana.....

~~Ya ALLAH.....
ana mohon agar Engkau sentiasa
mencurahkan rahmat-Mu kepada sahabat anaitu....

~~Wahai sahabat....
akan ana berjanji
Jika semalam ana adalah sahabatmu
Hari ini ana masih lagi sahabatmu
dan jangan risau mengenai hari esok....
ana akan sentiasa menjadi sahabatmu....
Itulah janji ana kepadamu wahai sahabat ana....
Dan itulah juga hadiah ana kepadamu
Kesetiaan seorang sahabat...ameenn


tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya...
kerana seseorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain walaupun tanpa bayangnya..


Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat
.” (Al-Hujurat: 10)


..MAAFKAN ANA..


[ana hanya insan biasa yang tak mungkin sempurna]



ya Allah... kurniakanlah ana maghfirahMu...

kurniakan ana petunjukMu...

kurniakan ana kekuatan... tetap teguh dalam mencari redhaMu...

kuatkanlah ana menempuhi ujian-ujian yang menggugat keimananku...

ya Allah... jadikanlah ana hamba yang benar-benar BERTAQWA...

SEDEKAH LAMBANG KEBENARAN, KESUCIAN ISLAM



TIADA siapa dapat menghalang kekuasaan Allah dan gempa bumi yang berlaku di Padang, Sumatera Barat, Indonesia mengorbankan ribuan nyawa manusia. Kesan bencana alam itu juga menyebabkan ramai kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal, sekolah dan universiti rosak teruk, premis perniagaan dan jalan raya yang menghubungkan sesuatu tempat dengan tempat yang lain musnah.

Justeru, mangsa kejadian itu kini hanya mengharapkan bantuan diberikan kerajaan dan semua penyumbang dari seluruh dunia bagi meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan seharian.

Rasulullah SAW bersabda, ‘Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang yang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan menaikkan barangannya ke atas binatang tunggangannya adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk pergi mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan adalah sedekah.” (Hadis Bukhari).

Setiap kebaikan yang dilakukan sama ada dalam bentuk spiritual dan fizikal sebenarnya adalah sedekah. Amalan sedekah juga adalah satu lambang kebenaran iman kerana makna sedekah itu sendiri bermaksud benar. Orang yang bersedekah adalah mereka yang benar dan mempercayai kebenaran ajaran Islam yang suci.

Setiap orang yang benar dan berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan kesejahteraan hidup dan rahmat. Orang yang bersedekah adalah dermawan, manakala yang bakhil adalah seteru Allah.

Dalam surah Al-Lail, Allah menyatakan mengenai sifat kedekut dan ego, di mana orang yang bersifat demikian kehidupannya akan dipenuhi dengan liku yang sukar dan bermasalah, sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud, “ Tuhan tidak akan merahmati sesiapa yang tidak berperikemanusiaan, iaitu tidak bersifat kasih sayang terhadap orang lain.”

Keberkatan yang lahir daripada sedekah itu terlalu banyak. Namun apa yang dinyatakan ini adalah yang akan jelas terpapar daripada wajah orang yang bersifat murah hati apabila dia telah melalui beberapa peringkat hidupnya iaitu:

l Keberkatan hidup - Seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang.

l Keberkatan ketika di penghujung kehidupan - Di akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah ini akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa penyesalan dan kesedihan.

l Ketika berada di alam kubur - Orang yang bersedekah pastinya di dalam kubur akan terhindar daripada fitnah yang begitu menakutkan. Alam kubur sebenarnya adalah ujian untuk orang yang ber ibadat dan berbuat amal kebaikan dalam hidupnya.

l Ketika di alam akhirat - Apabila di bangkitkan di hari kiamat nanti, orang yang suka bersedekah ini akan dilindungi oleh sedekahnya ketika hayat di dunia.

l Menjadi benteng dari api neraka - Sedekah akan menjadi benteng daripada api neraka kepada seseorang yang bersedekah walaupun sedikit.

Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW, antaranya ‘sesiapa yang berkemampuan untuk melindungi dirinya daripada api neraka walaupun dengan hanya bersedekah sebelah buah tamar, hendaklah dia melakukannya.’

ASAL-USUL API DI DUNIA

API

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


JIBRIL : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.

ZABANIAH : sebanyak mana sedikit itu ?

JIBRIL : sebesar kurma...

ZABANIAH : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

JIBRIL : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

ZABANIAH : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari ap i neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril as un mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.

Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya,bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.ALLAHUAKBAR!

October 5, 2009

DOA INI UNTUKMU SAHABAT




Ya Allah
bentuklah dirinya menjadi hamba yang cukup kuat
untuk menyedari manakala ia lemah
dan cukup berani menghadapi diri sendiri
manakala diri takut

Jadikanlah dia
hamba yang selalu memiliki rasa bangga
dan keteguhan dalam kekalahan
rendah hati serta jujur dalam kemenangan

Bentuklah dia menjadi hamba yang kuat dan mengerti
mengetahui dan kenal akan diri sendiri
adalah dasar dari segala ilmu yang benar

Ya Allah...
janganlah dirinya dibimbing atas jalan yang mudah dan lemah
bimbinglah dia dibawah tempa dan desak kesukaran tentangan hidup

Bimbinglah dia
supaya teguh berdiri di tengah badai
berbelas kasih kepada mereka yang jatuh

Bentuklah dia menjadi hamba yang berhati bening
dengan cita meninggi langit
seorang hamba yang sanggup memimpin diri sendiri
sebelum ia berhajat memimpin orang lain
seorang hamba yg menjangkau ke hari depan
tetapi tidak lupa akan masa lampau

Ya Allah...
dan setelah segala menjadi miliknya
semoga dia dilengkapi hati yang ringan untak bersungguh hati
tetapi jangan sesekali menganggap dirinya
terlalu berkesungguhan

Berikanlah kepadanya kerendahan hati
kesederhanaan dari keagungan hakiki
fikiran cerah dan terbuka
bagi sumber kearifan dan kelembutan
dari kekuatan sebenarnya