TIADA siapa dapat menghalang kekuasaan Allah dan gempa bumi yang berlaku di Padang, Sumatera Barat, Indonesia mengorbankan ribuan nyawa manusia. Kesan bencana alam itu juga menyebabkan ramai kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal, sekolah dan universiti rosak teruk, premis perniagaan dan jalan raya yang menghubungkan sesuatu tempat dengan tempat yang lain musnah.
Justeru, mangsa kejadian itu kini hanya mengharapkan bantuan diberikan kerajaan dan semua penyumbang dari seluruh dunia bagi meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan seharian.
Rasulullah SAW bersabda, ‘Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang yang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan menaikkan barangannya ke atas binatang tunggangannya adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk pergi mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan adalah sedekah.” (Hadis Bukhari).
Setiap kebaikan yang dilakukan sama ada dalam bentuk spiritual dan fizikal sebenarnya adalah sedekah. Amalan sedekah juga adalah satu lambang kebenaran iman kerana makna sedekah itu sendiri bermaksud benar. Orang yang bersedekah adalah mereka yang benar dan mempercayai kebenaran ajaran Islam yang suci.
Setiap orang yang benar dan berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan kesejahteraan hidup dan rahmat. Orang yang bersedekah adalah dermawan, manakala yang bakhil adalah seteru Allah.
Dalam surah Al-Lail, Allah menyatakan mengenai sifat kedekut dan ego, di mana orang yang bersifat demikian kehidupannya akan dipenuhi dengan liku yang sukar dan bermasalah, sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud, “ Tuhan tidak akan merahmati sesiapa yang tidak berperikemanusiaan, iaitu tidak bersifat kasih sayang terhadap orang lain.”
Keberkatan yang lahir daripada sedekah itu terlalu banyak. Namun apa yang dinyatakan ini adalah yang akan jelas terpapar daripada wajah orang yang bersifat murah hati apabila dia telah melalui beberapa peringkat hidupnya iaitu:
l Keberkatan hidup - Seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang.
l Keberkatan ketika di penghujung kehidupan - Di akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah ini akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa penyesalan dan kesedihan.
l Ketika berada di alam kubur - Orang yang bersedekah pastinya di dalam kubur akan terhindar daripada fitnah yang begitu menakutkan. Alam kubur sebenarnya adalah ujian untuk orang yang ber ibadat dan berbuat amal kebaikan dalam hidupnya.
l Ketika di alam akhirat - Apabila di bangkitkan di hari kiamat nanti, orang yang suka bersedekah ini akan dilindungi oleh sedekahnya ketika hayat di dunia.
l Menjadi benteng dari api neraka - Sedekah akan menjadi benteng daripada api neraka kepada seseorang yang bersedekah walaupun sedikit.
Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW, antaranya ‘sesiapa yang berkemampuan untuk melindungi dirinya daripada api neraka walaupun dengan hanya bersedekah sebelah buah tamar, hendaklah dia melakukannya.’

No comments:
Post a Comment