♥UKHUWAH♥

January 24, 2010

MENGUAP MENURUT ISLAM


Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda
bermaksud:

Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci
orang yang menguap.
Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia
mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang
mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah! '.
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan.
Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia
menahannya sekadar termampu.
Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu
menguap, syaitan akan mentertawakannya (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya :
Telah bersabda Rasulullah s.
a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia
meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan
masuk (melalui mulut yang terbuka. Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya:
Sesungguhnya Allah suka kepada
orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka
apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang
demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Hadith riwayat Imam
Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya:
Telah bersabda Rasulullah
saw yang bermaksud: Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang
mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Hadith riwayat Imam Muslim,

Ahmad dan At-Tirmidzi
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu
terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan
menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi
ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan
~Alhamdulillah~, dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan
~Yarhamukallah~.

5. Sunat mengucapkan Astaghfirullah selepas
menguap.

Sekian, wallahu aâlam

2 comments:

shafiq a.k.a outhinkerz said...

salam n smile..
very good tazkirah...
jazakillah...

Wanita Besi Jambu said...

salam..syukran..itu pun ana copy dari buletin seorang sahabat fs~