♥UKHUWAH♥
September 7, 2009
FADHILAT MEMBACA BISMILLAH
Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.
Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.
Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal[maaf,bahasa sedikit kasar], eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.
Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.
Anugerah Dari Muslimah Syiqin
1. nama dia syiqin
2. SPM 2009 candidate & amek 9 subjek
3. tinggal di bandar baru bangi
4. blog die sangat cantik dan banyak isi2 menarik
5. knl kt ms dan beliau yang tolong edit n ajar edit blog
Next, kena nyatakan 10 fakta diri sendiri
1. seorang hamba Allah yang sering alpa
2. umur saya 18 tahun
3. saya bersekolah di sepang
4. STPM 2010 candidate & amek 4 subjek
5. saya tinggal di selangor
6 .baru balik dari kampung[dah lama tak balik]rindu semua
7. saya lahir pada bulan disember
8. saya minat sangat nasyid
9. saya juga suka makan
10.saya cinta Islam
Beri award ini kepada 10 orang dan describe mereka:
1. nur malasari-adik tersayang
2. fatin athirah-sangat comel,manja,sayang dia!
3. muslimah syiqin-baik hati
4. qalam_jihad-mengajar bahasa arab dan bijak
5. harishah halim-tabah hadapi dugaanNYA
6. peah-suka chat dengan beliau
7. rizha-suka menolong & cantik
8. nadia-best
9. kakk ummu hani-ayu dan cekal
10. kak ilah-suka baca luahan hati dia
Tagged dr Muslimah Syiqin sekali lagi :)
inginkan kejayaan dunia akhirat[insya-Allah,amin]
jujur pernah[biarlah rahsia]:)
:)
-nur kasih yasin