YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..
DENGAN PENGLIHATAN…
ANA DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…
MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU…
NAMUN..
DENGANNYA JUALAH…
ANA MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..
MENJERUMUSKAN DIRI ANA KE LEMBAH DOSA..
MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...
MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..
SEKETIKA ANA TERSEDAR…
MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…
UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…
BAHAWA… ANA MAHU BERUBAH…!!!
YA ALLAH…
JIKA DULU ANA ANGKUH DI BUMI-MU…
ALHAMDULILLAH…
HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHAN ANA..
MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…
YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..
ANA TUNDUKKAN PANDANGAN ANA…
YANG SELAMA INI MELIAR...
ANA TIMBULKAN KEKELIRUAN..
PADA TEMAN-TEMAN..
ANA TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..
ANA TEKADKAN DALAM KALBUKU...
BAHAWA… ANA MAHU BERUBAH…!!!
YA ALLAH…
JIKA DULU ANA LALAI DALAM
MENUNAIKAN HAK-MU...
TERLEKA DENGAN DUNIAWI…
TERKADANG ANA ABAIKAN UKHRAWI…
SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKAN ANA DI SAAT ANA HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…
ANA AKUR PADA KEKUASAAN-MU…
LANTAS…
ANA LAUNGKAN DALAM HATI ANA…
ANA MAHU BERUBAH…!!!
YA ALLAH…
KU POHON HIDAYAH-MU…
DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…
BANTULAH ANA… BIMBINGLAH ANA…
DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..
CINTA YANG ESA…
SESUNGGUHNYA…
ANA MAHU BERUBAH…!!!
No comments:
Post a Comment