♥UKHUWAH♥
July 29, 2009
YA ALLAH., ANA MAHU BERUBAH..!!
TAUTAN HATI
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
UNTUK SAHABAT..
BUAT TEMAN YANG MEMAHAMI
Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti
mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya
kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan)dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui prang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
(surah An-Nur ayat 31)
Allah berfirman yang bermaksud:
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16)
Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI
DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala-galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah makin kita jauh dari amalan agama.
Dalam ayat yang sama juga Allah menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang
ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?
Lihat lagi ayat di atas Allah berfirma "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.
Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat
adalah sungguh bertentangan. Allah telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.
Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah dan rasulnya dapat
menggembirakan kamu.BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.
wallahu a'lam.
JANGAN KAU PALINGKAN HATI INI SETELAH KAU BERI HIDAYAH
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kemaluannya; kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka
sesungguhnya mereka tidak tercela; kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga)." (Al-Mukminun: 1-10)
moga bibirmu sentiasa basah dalam mengalunkan ayat-ayat cinta Ny
Nabi s.a.w, pernah bersabda maksudnya:
"Hati itu empat. Hati yang bersih, di dalamnya ada pelita bercahaya, itulah hati yang mukmin. Hati hitam dan songsang, itulah hati yang kafir. Hati yang tertutup dan terikat pada tutupannya, itulah hati yang munafik. Hati yang terbentang, di dalamnya mengandungi keimanan dan kemunafikan.
semoga kita memiliki hati bersifat tenang (mutmainnah), iaitu sebati dengan zikrullah, mempunyai keyakinan iman di peringkat ainul yaqin, berjaya menghakikatkan konsep ubudiyah kepada Allah, menundukkan keinginan nafsu kepada iradah Allah dan bersih daripada sifat merosakkan..
July 26, 2009
♥TAGGED ♥
nur,az,alin,baby
seorang gadis biasa yang penuh dengan dosa-dosa hitam oleh kenangan lalu yang pahit dan ingin menjalani hidup ini dengan rahmat Allah S.W.T supaya berjaya dunia akhirat[insya-Allah][Amin]
3- insan yg teristimewa?
*keluarga dan sahabat*
4- lagu kesukaan?
inteam
hafiz hamidun
rabbani
raihan
irsyadee
5- makanan kesukaan anda?
6- sikap yg membuatkan anda stress?
pink,white,black,
8- benda yg mesti ade dlm beg?
-buku
-pensil box
-cermin mata
9- kali terakhir anda menangis?
2 hari lepas
10- tag untuk 6 rakan anda?
-Qalam_Jihad
-Muslimah Syiqin
-Karakoza
July 25, 2009
MENGHORMATI AZAN
Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan
waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa
kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu,keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan
kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apapun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya
lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada
Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.
"Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......
4 PERKARA UNTUK SIHAT DALAM ISLAM
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama
PUTARAN MASA
Subuhnya di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin dihujung waktu siapa aku di depan Tuhan ku. Zohornya aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu aku gembira membilang keuntungan aku terlupa betapa besar kerugian jika aku mengadaikan sebuah ketaatan siap aku di depan Tuhan ku. Asarnya aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak dihujung kepala, aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka siapa aku di depan Tuhan ku Maghribnya aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat siapa aku di depan Tuhan ku. Isyaknya kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku, aku membiarkan kelesuan mengangguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku siap aku di depan Tuhan ku. kini aku menjadi tertanya-tanya.... sampai bila aku akan melambatkan sujudku....
| | |
PERISTIWA HARI-HARI ISLAM
1) Allah menjadikan alam ini
2) Allah menjadikan bintang bintang di langit
3) Allah menjadikan api neraka
4) Allah menjadikan bumi sebanyak tujuh lapis
5) Allah menjadikan tujuh jenis lautan
6) Allah menjadikan tujuh anggota manusia
Isnin
1) Nabi Idris as dinaikkan Allah ke langit
2) Nabi Musa as mengunjungi bukit Tursina
3) Bukti keEsaan Allah diturunkan
4) Junjungan besar Nabi Muhammad saw dilahirkan
5) Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah saw
6) Rasulullah saw wafat
Selasa
1) Nabi Yahya telah dibunuh
2) Nabi Zakariah telah dibunuh
3) Tukan tukan sihir Firaun ditewaskan
4) Asiah isteri Firaun mati dibunuh
5) Lembu kaum BAni Israel dibunuh
6) Habil dibunuh oleh Qabil
Rabu
1) Qarun hancur binasa dimusnahkan oleh Allah
2) Firaun dan bala tenteranya hancur binasa
3) Raja Namrud ditewaskan oleh tentera nyanmuk
4) Umat Nabi Saleh as dihancurkan dengan teriakan keras dari malaikat Jibril as
5) Umat Nabi Hud as dihancurkan Allah dengan angin taufan yang kuat
Khamis
1) Nabi Ibrahim as memasuki kerajaan Mesir
2) Saudara Nabi Yusuf as telah menemuinya semula di Mesir setelah lama terpisah
3) Nabi Yaakib as bertemu dengan anaknya semula Nabi Yusuf as di Mesir
4) Nabi Musa as memasuki Mesir
5) Nabi Muhammad saw memasuki Kota Mekah
Jumaat
1) Nabi Adam as berkahwin dengan Siti Hawa
2) Nabi Yusuf as berkahwin dengan Zulaikha
3) Nabi Musa as berkahwin dengan Siti Safura anak Nabi Syuib as
4) Nabi Sulaiman as berkahwin dengan puteri Balqis
5) Rasulullah saw berkahwin Siti Khadijah dan juga Siti Aisyah
6) Ali b Abu Thalib ra berkahwin dengan Siti Fatimah
Sabtu
1) Nabi Nuh as diperolok olokkan oleh kaumnya
2) Nabi Saleh as ditipu oleh umatnya
3) Nabi Yusuf as ditipu oleh saudara saudaranya
4) Nabi Musa as ditindas oleh Firaun
5) Nabi Isa as diperdayakan oleh kaum Yahudi
6) Nabi Muhammad saw menjadi pengerusi di sidang Darul Nadwah
SIKSAAN KETIKA SAKARATUL MAUT
SIKSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG
" Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka Saqar? Mereka menjawab :"Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang ".(S.Al-Mudatdathsir 42,43).
SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA:
Allah kurangkan keberkatan umurnya.Rezekinya dipersempitkan oleh Allah Tidak ada tempat baginya diisi agama Islam.Doanya tertolak.Hilang cahaya soleh dari wajahnya.Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina.Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.
SIKSAAN KETIKA DI DALAM KUBUR:
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.Kuburnya akan digelapkan.Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.
SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT:
Ia akan dibelengu dan diseret ke padang mahsyar oleh malaikat.Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.
NISBAH DOSA BAGI ORANG-ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG SETIPA WAKTU
SUBUH: Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka
ZUHUR: Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
ASAR: Dosanya seperti meruntuhkan kaabah
MAGHRIB: Dosanya seperrti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (Jika perempuan)
KELEBIHAN BULAN SYAABAN
'Kelebihan Bulan Syaaban'
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
kini dah masuk bulan syaaban...
sungguh cepat masa berlalu..
dengan begitu pantas,mungkin ada yang tidak menyedari ia berlalu...
masa yang telah pergi tidak akan dapat diulang kembali..
bersediakah kita untuk menghadapi sesuatu yang tidak kita duga?
Syaaban
Syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w. Bersabda baginda yang maksudnya, " Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak"
Antara kelebihan di bulan Syaaban :
- Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
- Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
- Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
- Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
- Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
carilah keredhaan Allah selagi kita masih diberi peluang olehNya untuk bernafas di dunia yang sementara ini...
wallahua'lam....