♥UKHUWAH♥

June 21, 2009

CIK CAHAYA KASIH ILAHI




||SELAMAT DATANG KE DUNIA CIK CAHAYA KASIH ILAHI ||

Salam Pictures, Images and Photos


Seandainya Ada Yang Memberi Ruang, Akan Ku Baiki Setiap Kekurangan..


there's nothing special about me..setiap makluk yg dicipta Allah ada kelebihan dan kekurangan.....i want to be myself and slowly improve diri sendiri kerna diri ini punya kekurangan...

Ana tahu, ana bukanlah seorang manusia yang 'perfect'. Tapi, ana cuba untuk menjadi 'perfect' didsisi Allah. Harap, ramaila sahabat2 ana yang boleh menyokong... salam ukhuwah...

seorang muslimah biasa yang mempunyai banyak kelemahan. seorang pencinta nasyid dan kebanyakan post2 di sini di-copypaste-kan.insyaAllah mungkin bermanfaat kpd semua.

....
Ya Ilahi,
kasihanilah hambaMu yang lemah ini,
Engkau maha tahu atas apa yang menimpa diriku..
aku tak ingin kehilangan cintaMu,
namun Engkau juga tahu..
hatiku tidak mampu mengusir pesona keindahan seorang makhluk yang Kau ciptakan,
saat ini,
hamba sangat lemah berhadapan dengan tarikan dunia.

Ya Ilahi,
berikan padaku cawan kesejukan,
untukku meletakkan embun-embun cinta..
yang menitis dalam dinding hatiku ini,
Ilahi..tuntunilah langkahku,
pada garis takdir yang paling Engkau redhai..
aku serahkan hidup matiku untukMu...


989369nkhwxrd6yq.gif


..
"...Bismillahirrahmaanirrahimm..."
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu Ya Muhaimin...

Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsunya,
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
Perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu,
Amin.........





||* ALLAH S.W.T ||

..||* NABI MUHAMMAD S.A.W||

..||* PARA SYUHADA ||


5985fna1mq07oq.gif


..

Ya Allah, telah Kau berikan cinta yang ku pohon... ku idam dan impikan. Selimutkan lah aku dengan mehnah Mu supaya aku selalu bersamamu. Kafankanlah jasadku dengan senyuman di pusara kaku. Andai tarbiyyah Mu ku jadikan pegangang pasti aku temui jalan cinta ABADI... ya Rabb Dalam keheningan yang Kau ciptakan penuh dugaan renjiskanlah setitis embun untukku berteduh jauh dr prasangka pada hamba Mu Ya Allah, Telah Kau temukan aku dengan cinta ku Satukan lah iman & amalku seiring relakan jasadku menjadi medan amal Dan aku menjadi tempat Kau menguji iman Agar aku sentiasa mencari MU disebalik wajah...

..
432022s1vheyatjs.gif


..
Buat Sahabatku..

Terima kasih sahabat
(kau tahu ini untukmu!)

kelmarin aku rebah di ribaan mu
bersama-sama hati yang gulana terluka
dan sisa-sisa kekuatan yang ada
terima kasih sahabat
kerana memberi penghormataan itu
untuk aku menumpang kegagahanmu
mencuri semangat di ribaanmu

semalam aku terjatuh lagi di sisimu
dengan duka lara jiwa yang semakin resah
dengan doa dan harapan yang kian sirna
terima kasih sahabat
kerana menarik pulang akal warasku
saat aku mula merungut rintih, mencongak kira
betapa tidak adilnya takdirku dan dunia

hari ini aku masih belum pulih
dan aku masih mencari sisimu sahabat
menadah kasih, mengadu sendu menitip pilu
terima kasih sahabat
kerana beban yang kutimbun buat mu ini
masih kau tadah kumpul dalam hatimu
gigih ihsanmu mencuba buat aku tersenyum

terima kasih sahabat...
buat perhatian dan ambil beratmu berhari-hari ini
buat setiap saat waktu yang terbazir
untuk mendengar keluh kesahku
buat setiap tutur kata dan pujukan
untuk buat hati kerasku menerima takdir ilahi

terima kasih aku buat tuhan
kerana meminjamkan aku
seorang sabahat seperti kamu
doaku tuhan
janganlah Kau bebani sahabatku ini
dengan musibah yang Kau uji untukku
sesungguhnya aku tak yakin kemampuanku
untuk menjadi sahabat seteguh dia
kala dia ditempatku
dan Kau pelihara dan lindungilah sahabatku ini tuhan
dengan kasih sayang dan rezekimu
aminnn...
buatmu sahabatku...aku sayang kamu!


~SALAM UKHUWAH FI SABILILLAH
ABADAN ABADA YA SODIKOTI~

941989qqnziaut07.gif


icon_iluvislam.png
..
أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول اللّه

No comments: