♥UKHUWAH♥

June 29, 2011

CINTA

Cinta yang meminggirkan cinta Allah amat rendah mutunya dan tak tahan dek uji. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta kerana Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati bukan di mata.

June 23, 2011

: )


"Ya Allah. Sesungguhnya aku ini adalah hamba, anak dari hamba-Mu laki-laki, anak dari hamba-Mu perempuan. Ubun-ubunku berada di tangan-Mu; mengikuti keputusan takdir-Mu dan berjalan sesuai dengan ketetapan-Mu. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang menjadi milik-Mu, Nama yang Engkau lekatkan sendiri untuk diri-Mu, atau Engkau sebutkan dalam Kitab-Mu, atau Engkau ajarkan kepada salah seorang di antara hamba-Mu (Nabi), atau Engkau sembunyikan di alam keghaiban-Mu: hendaknya Engkau menjadikan al-Quran ini sebagai penyejuk hatiku, cahaya dalam dadaku, penghilang kesedihanku dan penolak rasa gundahku."

Diriwayatkan oleh Ahmad 1:391, dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani

June 21, 2011

KEHIDUPAN


Kehidupan dunia ini adalah medan ujian, dan ujian itu adalah satu Tarbiyyah..Tarbiyyah bkn semata2 fikrah.Tarbiyyah bkn semata2 kekuatan hujjah. Tarbiyyah bkn semata2 ilmiyyah..namun ianya adalah proses perubahan ke arah lebih baik melalui pengalaman melalui ilmu,berpegang dgn fikrah..juga pengalaman mengendalikan diri dlm mhadapi arus kehidupan yg penuh dgn ujian dan dugaan atas perjuangan menuju redha Yg Maha Esa.

BILA


Apabila org lain t’silp, mrh kita meluap-luap…
Apabila org lain t’slh, mrh kita bagai bara disimbah…
Apabila org lain t’sadung, mrh kita mula bersabung…
Apabila org lain t’sungkur, mrh kita tidak terukur…

Semuanya kerana Marah…

Apa kita lupa atau mungkin alpa, bagaimana seandainya…

Bila kita tersilap, Tuhan yg mrh…
Bila kita tersalah, Tuhan yg mrh…
Bila kita tersadung, Tuhan yg mrh…
Bila kita tersungkur, Tuhan yg mrh…

Di manalah bumi hendak dipijak…
Ke manalah langit hendak dijunjung…

~ dipetik dari sebuah buku berjudul "Diari Sufi"

MINTA IZIN


Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu

Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Amin.

June 17, 2011

BULAN-BULAN ISLAM

1 Muharram bakal menemui kita beberapa hari sahaja lagi. Di kesempatan ini, apa kata kita melihat semula apakah bulan-bulan yang ada dalam kalender Islam. Selain itu, kita akan melihat juga perkara menarik di sebalik setiap bulan.


(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). (Surah Al-Taubah : 36)


Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:


Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara

Jumada dan Syaaban. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)


Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :


Muharram

Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.


Safar

Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.


Rabiulawal dan Rabiulakhir

Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.


Jumadilawal dan Jumadilakhir

Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.


Rejab

Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'bah dibuka.


Syaaban

Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.


Ramadhan

Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.


Syawal

Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.


Zulkaedah

Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari 'Qa 'ada' yakni duduk.


Zulhijjah

Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka'bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.


sumber:iluvislam.com

UJIAN


~ Ujian ~


Kadang kala Dia memberi sebelum si hamba sempat menadah tangan untuk meminta. Kerana
dia sangat mengerti keperluan hambaNya. Dia yang menjadikan si hamba dan Dia jugalah yang
mengatur liku-liku perjalanan hidup hambaNya. Apabila permintaan si hamba tidak
diperkenankan, itu bukanlah kerana Dia 'tuli' dan tidak mendengar rintihan serta pengaduan
hambaNya. Ada hamba-hamba yang dikasihiNya, yang dibiarkan menderita dan bersedih,
dibiarkan terlantar kesakitan, dibiarkan susah dan miskin, kerana begitulah caranya Dia
mendidik si hamba; diberi ujian-ujian yang akan menambahdekatkan si hamba denga Nya dan
melebar lorong buat si hamba dalam kembara di dunia menuju ke syurga yang abadi.

Hamba yang menderita dan bersedih pasti akan mengadukan halnya kepada Dia. Hamba yang terlantar dan kesakitan pasti akan merintih memohon keringanan dariNya. Bumi ini milik-Nya, lalu
selayaknyalah kita sebagai penghuni yang kerdil ini selalu mengadu kepadaNya. Agar kita tahu
bersyukur jika diberi rezeki yang melimpah ruah dengan cara membahagi-bahagikannya pula
kepada penghuni yang lain. Juga supaya kita tahu bersabar jika diberi rezeki yang sedikit,
kerana kesabaran itu sendiri yang menjadi makanan hati. Sama ada kita bersyukur atau
bersabar, di situ Dia menjadikan ganjaran pahala sebagai bonus untuk menempah istirehat di
syurga.

Adakalanya Allah memberi di saat seorang hamba itu sudah hampir putus harapan. Waku itu
hatinya hanya diserahkan kepada Tuhan. Apa hendak jadi pun, jadilah.. kerana Dia yang
mengatur ketentuan. Apa jua masalah, apa jua musibah yang menimpa, itulah pengaturan Tuhan. Hikmah di sebaliknya harus digali di samping jangan lupa terus bermohon, solat hajat, bermunajat serta memperbanyakkan taubat. Jika masalah masih berpanjangan dan sudah putus ikhtiar kita, maka
selaku hamba wajarlah kita kembali padaNya.

Terimalah hakikat bahawa itulah ujian untuk kita, agar diberi-Nya pahala sabar dan sebagai ingatan kepada kita supaya tahu bersyukur dengan nikmat pemberiannya. Untungnya orang mukmin..semakin banyak masalah semakin mustajab doanya. Bukan perjuangan tanpa kesulitan tapi dalam kesulitan ada ketenangan & kekuatan. Kita tidak bersendirian kerana Allah pasti akan bersama!