♥UKHUWAH♥

December 30, 2009

SEBAGAI PEDOMAN


KENAPA AKU DIUJI??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? ?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang
kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. " -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula
kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling
tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." -
Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? ?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah
kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta
bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan). " -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI??
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk
mereka... -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " -Surah At-Taubah
ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!
"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

December 27, 2009

SENYUMLAH..

SENYUM Pictures, Images and Photos

bismiLLAH...
senyumlah..
meskipun dirimu menanggung keperitan dalam kehidupan
senyumlah
meskipun badai melanda menghentam kepaduan iman
senyumlah
meskipun air mata mengalir menahan kepedihan jiwa
senyumlah
kerana senyum di saat musibah itu satu tanda
bahawa keikhlasan kita dalam menerima segalanya
ketentuan dr yg ESA
meredhai kehidupan ini...
senyumlah~
saat suka duka..
senyumlah tanda ketabahanmu
dalam menyusuri kehidupan penuh berduri
saat kehilangan petunjuk
senyumlah tanda meyakini akan bantuanNYA
saat kealpaan
senyumlah tanda memahami dunia ini tidak kekal selamanya
senyumlah~
sesungguhnya senyum itu penawar jiwa....
waLLAHU a'lam

December 15, 2009

WANITA DAN KUBUR


MENGENAI WANITA & KUBUR

Assalamualaikum..selamat membaca:))

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SATU PERINGATAN!!
KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;
1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

Renung-renungknlah..semoga dpt manfaat dr nya..amin:)
wassalam..

AKU TINGGALKAN DIA DEMI ALLAH


Dengan nama Allah

Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?

Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?

Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai pria.

Adakah kau yang tercipta untukku?

Jawab pertanyaanku ini.

Jawab!


Kau takkan pernah dapat memberi jawapan


Kerna jawapannya bukan di tanganmu

Tetapi di tanganNya.

Di tangan Tuhan kita; Allah

Tuhanku dan Tuhanmu


Gelisahku memikirkan dirimu

Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku

Aduhai pria

Maafkan aku.


Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu


Jemput diriku pabila waktunya tiba

Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia

Akan kucipta cinta bersama Dia

Sebelum kucipta cinta antara kita



Jadilah dirimu kumbang yang hebat

Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar


"i've leave him for the sake of Allah"


Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang

Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata

Yakinlah!

Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti


Dan sesungguhnya hari kemudian

itu lebih baik bagimu

daripada yang sekarang (permulaan).


Dan kelak Tuhanmu

pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,

lalu (hati) kamu menjadi puas.

[Ad dhuha: 4 & 5]



Untuk itu

Aku tinggalkan dirimu padaNya


Sesungguhnya


aku bertawakkal

kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.

Tidak ada suatu binatang melata

melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.

Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

(Allah Maha Adil)

[Hud: 56]






usah bersedih atas perpisahan sementara ini

jika benar dia tercipta untukmu

tiada apa yang dapat menghalangnya

sebelum saat itu tiba

berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan

mohonlah padanya dengan penuh mengharap



Yakinlah pada janji Allah!


Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)

[An Nur: 26]


Beruntunglah kamu !

tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu sayang

Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini



maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya


sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu

dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya

[ As Syams: 8-10]



Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:

"Tuhan kami ialah Allah"

kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,

maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:

"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;


dan gembirakanlah mereka

dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu

[Fussilat:30]



Dan tika kamu merasa lemah

Mohonlah kekuatan dariNya

Allah itu dekat

yakin pasti



Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,


maka mohonlah perlindungan kepada Allah.

Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

[Fussilat:36]

December 14, 2009

WARKAH BUAT ADAM


Assalamualaikum..

Maaf kupohon darimu,duhai adam …seandainya bait bicara ini bisa mengguris parah tangkai hatimu dan membenamkan luka yang dalam…telah lama aku mencari kekuatan,untukku laungkan getaran di jiwa yang makin mencengkam,segalanya kerana rindukan berkibarnya syiar islam,dibumi yang kian gersang…. Adam, Sukarnya untukku lafazkan kecewa dihati ini,bila saban hari ku terpaksa berhadapan dengan kaummu yang sekadar tertunduk malu,sedang deretan dosa dan noda melingkari ruangan alam….melakar titisan hitam,keji,tanpa alasan….Kenapa Adam??? Kau membisu,sedangkan kekuatan padu ditanganmu,sekadar membisu, masa terus berlalu…… Adam, Tersangat pilu hatiku, bila melihat kaummu, menghapuskan hijab antara kita…pandanganmu kau tebarkan ke serata ruangan,tiada lagi halangan….hawa jadi perhatian, hingga mahu rasanya ku persembahkan pada kalian,perlembagaan yang jadi pegangan umat islam."Al-Quran"….bukankah
jelas dinyatakan,kita punyai batasan,tak bisa dirobohkan,segalanya tuntutan….dan kalianlah yang harus tegakkan ….dalam kecetekan akal fikiran umat zaman ini!!!

Adam,

Bukan niatku untuk membelakangkanmu,malah kutahu,kau lebih berkuasa daripadaku….yang cukup lemah dan kerdil ini…tapi,ku tak mampu,Adam….menyimpan lahar yang kian bergelegak ini….dan jiwaku meronta sayu,kekuatanku terbatas,Adam!!!.suara hatiku tenggelam…segalanya membeku sehingga peritnya kutahan,dalam dakapan duka,menanti terbangunnya kegemilangan islam…

Adam,

Ku tak mampu lagi menahan tangis… hiba bila mengenangkan sikapmu, ego kau julang, kau biarkan ku merintih dalam sendu menahan pedih….pernah dan sering kuluahkan …kau harus bangkit dan cipta perubahan…kau mampu,Adam!!!.kerna bukan lemah yang terbenam dalam dirimu,tapi kemahuan yang tak kau gilap!!!.sesekali aku bangga,Adam…kau memang insan gemilang,ilmumu tak terbilang,tapi kemana hilangnya kewajipanmu yang harus kau kendong untuk memimpinku ke jalan kebenaran???!!!

Adam,

Sekali lagi kupohon pengertianmu,bukan kebahagiaan zahir yang ku harapkan…bukan jua kebebasan pergaulan kita yang jadi impian,hancurkanlah segalanya itu…Kubenar-benar mengharapkan kau bangkit membelah maruah agama kita….Bentukkan kembali hati-hati yang mengagungkan kebesarannya,laksanakan perintahnya dan seterusnya,biah solehah mengharumi dunia….

Adam,

Bicara ini harus kuhentikan jua…Namun,kemaafan tetap ku hulur dan mengharapkan penerimaan.W alau ku tahu,ada hati yang bakal menyimpan dendam,ada jiwa yang bergetar menahan kemarahan,biarlah…..aku redha dan kupasti dengan ketulusan niatku tanpa ada karat mazmumah dan muslihat yang tersimpan….
Bangkitlah adam!!!
Teruskan bina kekuatan…
Bimbinglah kaumku yang merindukan kemantapan iman…
Bukan sekadar impian….
Kebahagiaan dunia yang tak kesudahan…
Kita bertemu DISANA ….NEGERI KEKAL ABADI.
Insyaallah…
Sekian….
dari Hawa.. :)

11 JENIS MANUSIA DIDOA MALAIKAT



Add Video
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

December 7, 2009

INSYA-ALLAH


Cinta boleh membuatkan kite menangis…

Cinta boleh membuatkan kite ketawa…

Cinta boleh membuatkan kite terlupa…

Cinta boleh membuatkan kite terseksa…

Cinta boleh membuatkan kite berdosa…


Tapi cinta tak boleh kembalikan insan yang amat kite sayangi…

Andai ada urusan untuk jual beli cinta di dunia ini, takkan ada manusia yang akan

bahagia..


Cinta tak boleh dijual beli dgn wang ringgit…

Wahai pencinta di dunia ini, sayangi dan hargailah ape yg kite miliki saat ini…

Sesghny tuhan hanya memberi hamba-hambany satu peluang yg paling bermakna tanpa

kite sedari…


Semoga kite bertemu cinta dunia dan akhirat…

December 3, 2009

MAWAR MERAH DI ANGKASA




MAWAR MERAH DI ANGKASA
Gambar di atas adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih. Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Al-Quran yang diturunkan 14 abad yang lalu pada surah Ar-Rahman ayat 37 yang berbunyi : "Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak"
Subhanallah, Allahu Akbar

semoga kita semua dapat bersama2 berkongsi ilmu..
:o)

December 1, 2009

10 PANGGILAN BUMI




Bahawasanya bumi ini setiap hari memanggil insan dengan 10 panggilan:-

1. wahai anak adam, kamu berjalan di atasku akhirnya kamu akan kembali ke dalam perutku.

2. kamu melakukan maksiat di atas belakangku, nanti kamu akan diseksa di dalam perutku.

3. kamu bergurau di atas belakangku, nanti kamu akan diseksa di dalam perutku.

4. kamu memakan makanan yang haram di atas perutku, nanti mayat kamu akan dimakan oleh ulat di dalamnya nanti.

5. kamu bergembira di atas belakangku, nanti kamu akan merasa susah di dalam perutku.

6. kamu sombong dalam kehidupanmu di atas belakangku, tetapi kamu akan hina di dalam perutku.

7. kamu berjalan di dalam cahaya di atas belakangku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan di dalam perutku.

8. kamu mengumpul barang yang haram di atasku, tetapi kamu akan hancur di dalam perutku.

9. kamu berjalan dengan sukaria di dalam kehidupan duniamu, tetapi kamu akan jatuh kesedihan di dalam perutku.

10. kamu berjalan untuk berjemaah di atas belakangku, akan tetapi kamu akan bersendirian di dalam perutku."

TENTANG MENUNTUT ILMU




Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua peghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."
(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)

API NERAKA PADAM DISIRAMI AIR MATA




Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sehingga 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu akan berkata setiap orang hingga nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkan diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi shaja yang berkata, "umatku, umatku". Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat,demi hak orang-orang yang ahli sedekah,demi hak orang-orang yang khusyuk,demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian,api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju ke umat Muhammad S.A.W." kemudian jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S."Wahai Rasulullah ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Selepas itu Rasulullah S.A.W bertanya kepada Jibril A.S."Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril A.S berkata," Itulah air mata orang derhaka dikalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, "Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

CIRI-CIRI SAHABAT MENUJU ISLAM



“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang- pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.


Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat Yang Tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat Hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat Pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

Sahabat Pemboros dan Suka Hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.