♥UKHUWAH♥

June 4, 2012

YA ALLAH, PELIHARALAH CNTAKU. :)



SAJAK AMINAH QUTB

as salam semua, kali ni ingin berkongsi sebuah sajak dari Aminah Qutb.
yang merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb
beliau mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.

sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta Allah tiada penggujungnya.

sekiranya, 
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai.
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang melabuhkan cintanya kepada Allah
juga,

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
Maka,
campakkanlah kedalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana Mu,

Namun,
andainya dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
berilah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepada ku.

 [ semoga sajak ini menjadi dorongan dan panduan buat kita semua dalam pengertian sebenar cinta itu. :) ]


No comments: