♥UKHUWAH♥

July 2, 2011

: )


as salam.

sudah hampir 2 minggu berada di rumah,
esok sudah berangkat kembali ke tempat belajar,
mohon doa dari sahabat-sahabat,
maafkan andai ada tersalah silap.
0-0

mungkin blog dan lain-lain lagi akan jarang update,
mohon maaf yer,
ana hanya ada 2 fb saja, ukhti nur dan nur azlin,
insyaAllah apa-apa ana akan update di fb nur azlin,
syukran jazilan.

Jujurnya,
Bukan niat ana mahu menyusahkan sahabat ana,

Ya Allah,
Entah mengapa hati ana terasa pedih,
Terasa dihiris,
Air mata yang ditahan mengalir jua akhirnya,
Ana tidak pasti dimana silapnya,
Dan ana juga tidak pasti salah siapa,
Yang ana tahu ana perlukan tempat untuk ana menangis seketika
sebelum ana teruskan usaha ana,
Ana mahu mengeluh sepuasnya
sebelum ana teruskan usaha ana,
Ana mahu berputus asa seketika
sebelum ana dapatkan kembali semangat ana,..

Ya Allah,
Ana tak pasti apa yang ana rasa,
Tapi yang ana pasti,
ada ketikanya ana hanya perlukan seseorang untuk ana kongsikan apa yang ana rasa,

Ya Allah,
adakalanya Kau permudahkan urusanku dengan dipertemukan dengan insan-insan yang menyokong diriku,
Untuk kali ni Ya Allah,
Apa yang kupinta,
Berikanlah aku kekuatan.

Sebarkan Ukhwah Fillah. saling Kasih Mengasihi semata2 kerana Allah. Maka tersebarlah ISLAM seluas2 langit & Bumi.

1 comment:

noormiey said...

Salam, ukht...(^__^)*

InsyaAllah, doa ana, moga enti bukan sahaja sentiasa berjaya, malah moga turut dipertemukan dengan insan2 yang membantu perjuangan enti, (^__^)*