Ku bertanya mengapa wajah mereka berduka,
Rupanya duka mereka kerana…….
wang tidak cukup,
Harta tidak banyak,
tersingkir dari pertandingan nyanyian,
serta kerisauan wajah mereka yang dimakan usia,
atau mungkin kulit wajahnya tidak sehalus wanita lain…
erm…begitu rupanya…
Nun di sana ku melihat pula wajah-wajah jernih yang tidak pernah dioleskan dengan bedak gincu melainkan air wuduk…
debu pepasir dan simen runtuhan bangunan yang sesekali melekat ke wajah…
Ku melihat sekeliling mereka bagai padang jarak…mereka keseorangan?
Di sisi mereka sekujur tubuh…
Airmata mereka telah kering…
Wajah mereka tenang…
Konfius ku, tiada perasankah wanita ini…
Wajah derita ini tenang berkata kami yakin janji Allah…
rakyat Palestin Syahid tidak mati tapi tapi hidup dan berada di suatu tempat mulia di sisi Tuhan…
Allah juga sudah berjanji kaum Kuffar matinya pasti neraka. Maka kami tidak gentar dengan mereka.
Sungguh kuat ikhtikadnya…
badai ujian yang hebat ini sedikit pun tidak merisaukan dan mengoyahkan aqidahnya akan qada qadar Tuhan..
Malah aku sungguh kagum akan kata-katanya iaitu : “jika saya mempunyai anak lagi akan saya pastikan beliau juga turut syahid bersama ayah dan adik beradiknya yang lain”
subhanaAllah MasyaAllah…sungguh menakjubkan jual belinya dengan Allah…
aku…bertanya diri…adakah aku masih ingin seperti wanita di sini???
Tidak aku tidak mahu…aku malu dengan sikap wanita di sini…
nyahlah wahai sikap mazmumah dalam diriku…
hidupku bukan untuk dunia…kenapa mahu tangisi dan bersedih dengan dunia?
Kerana pasti seluruh isinya akan musnah jua kembali menghadap Maha Pencipta.
Hadirlah wahai jiwa mahmudah…
Ya Allah hiasilah diriku dengan sifat mahmudah..
Aku ingin seperti wanita di sana, kebahagiaan mereka letaknya di akhirat pencariannya bukan untuk dunia…
jual belinya dengan Allah sungguh mahal…mampukah aku sepertinya???
Taburlah benih ilmu, siramlah wangian amal moga tuaiannya taqwa yang menjadi nilaian pandangan Ar-Rahman...
.:.pencarian muslimah mencari hakikat mukminah.:.
No comments:
Post a Comment