♥UKHUWAH♥

August 9, 2009

LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA



bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaykum wbt..
Salam ukhuwwah wa mahabbah buat sahabat smua..
Bertemu kerna Allah kita jua di sini..
subhanallah..maha suci ALLAH..
terlalu banyak dosa yang hamba lakukan..
terima taubatku ya ALLAH..Allahuakbar..
selamat beribadat dan bermuhasabah sahabat2..
yang baik itu segalanya dr ALLAH..
dan yg buruk itu dari diri ana sndiri..
salam mawaddah...

Ya Allah..kadang2 diri ana terlalu lemah untuk menerima segala ujian dan dugaan darimu Ya Allah..
sekarang ni banyak masalah yang ana lalui..
minggu ini ana bermain dengan pelbagai perasaan..
Ya Allah kau kuatkan la hati hambamu yang hina ini Ya Allah..
kau sembuhkan la penyakit yang dialami oleh orang yang ana sangat sayangi..
kalau boleh ana nak sangat menggantikan tempat beliau..
ana nak lihat sangat beliau tersenyum seperti dulu,berjalan seperti dulu dan melakukan perkara2 biasa yang selalu beliau lakukan..
saat ana menaip blog ini..ana menitiskan mata kerana tak sanggup melihat keperitan beliau~
hari ini beliau baru mengadu kepada ana setelah sekian lama beliau menahan sakit~
ana tak dapat menahan air mata..tetapi ana tidak akan sama sekali menjatuhkan air mata di depan beliau!
ana kena kuat!ya kuat tapi hakikatnya ana hanya manusia biasa..
Ya Allah kau kuatkan la hati hambamu yang hina ini untuk menjalani segala ujian dan dugaan..
kepada keluarga ana pula maaf andai ana ada terkasar bahasa~sayang sangat kat semua~
maaf kepada sahabat2 ana sekiranya ana ada menguris hati kalian..
kerana pada ketika itu ana bermain dengan perasaan..
maaf sangat2..ana doakan semoga hubungan kita semua kekal sehingga ke taman syurga~
insya-Allah..amin..kepada beliau yang sangat mengambil berat tentang diri ana yang sentiasa memerhatikan diri ana walaupun jauh,maafkan ana kerana ana sering menyakiti hati anda..bukan niat untuk menyakitkan..apa2 pun syukran..sangat menghargainya~
maafkan ana bukan hendak merahsiakn kepada kalian semua~tapi biarlah ana yang rasai sendri..
ana tak nak menyusahkan kalian yang sibuk belajar..ana doakn semoga kalian semua bejaya dunia akhirat~
tapi ana pasti ujian dan dugaan adalah tarbiyyah dari ALLAH yang bukannya mudah & bukan pula susah,ada mehnah & ada rencahnya.semua itu punya NUR hidayah buat hamba2nya, bila di uji xda keluh kesah, wujudnya rsa mahabbah, cintanya kpd ALLAH kian bertambah,hatinya kian tabah & jiwa raganya sepenuhnya pasrah.janji ALLAH itu pasti dan jgn sesekali berpaling tadah. salam mujahidah!!!

doaku...
pada jln b'liku,moga ALLAH luruskan langkah ana...
tika langit dunia runtuh,moga ALLAH teguhkan aqidah ana..
jika kesusahan datang,moga ALLAH kuatkan hati ana..
pada hati yg gelisah,moga ALLAH curahkan ketenangan dalam diri ana..
moga kasih ALLAH sentiasa bersama ana..ameen..

semasa ana mengalami ujian dan dugaan ana akan selalu membaca ini..

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo..a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". (QS; Al-Baqarah:286)

sekadar saling memperingati sesama saudara seislam...

Bila kau letih & hilang semangat,
Allah tahu betapa dirimu telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangisanmu berpanjangan & hatimu kedukaan,
Allah telah mengira titisan air matamu.
Bila kau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,
Allah setia di sisimu.
Bila kau telah mencuba segalanya tapi x tahu tujuan,
Allah ada jalan penyelesaian.
Bila tiada bererti buatmu, keliru & kecewa,
Allah adalah jawapannya.

Ya Allah,
kalau diri ini masih lagi dalam jahiliah berikanlah ana kekuatan untuk menarik nur
Islam dalam hati ana.
Kalau jejak langkah ana dalam kefasikkan,tolaklah ana kembali dalam haq.
Wahai Tuhan yang punya zat yang agung,
kalau diri ini selalu membuat Kau murka,tidak ada apa dapat ana persembahkan kecuali air mata taubat.
Kalau diri ini sukar untuk berubah dari kejahilan lampau,hantarkanlah apa sahaja supaya ana kembali ke jalan MU.
Wahai Tuhan Penguasa Langit Dan Bumi dan diluar serta di dalam nya.

"tak seperti bintang di langit.tak seperti indah pelangi.karna diri ana bukan lah mereka.ana apa adanya.menjadi diri ana dengan segala kekurangan.menjadi diri ana atas kelebihan ana.terima lah ana seperti apa adanya."

[ana hanya insan biasa yang tak mungkin sempurna]

[segala penghinaan akan ana tangkis dengan kelembutan..segala cacian akan ana sambut dengan senyuman..segala kemarahan akan ana balas dengan diam..segala kejahatan akan ana balas dengan kebaikan]insya-Allah..amin..Allahuakbar!!

Subhanallah,

alhamdulillah,laillahaillallah,ALLAHUAKBAR!

jzkk anti/anta!~


sekian,
Hambamu Yang Hina Ini Menerima Segala Ujian Darimu Dengan Redha..Engkau Tabahkanlah Hatiku Untuk Menjalani Ujian Dan Cabaran Yang Telah Kau Berikan padaku,Berikan Ku Keredhaanmu Ya Allah,Dekatkan Hatiku Tuk Bersamamu Ya Allah..T_T..

|Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya|


No comments: