♥UKHUWAH♥

June 28, 2009

♥ 1st TAG ♥

Salam 'alaykum. Tag yang agak senang dan mudah dari Ukhti Qalam_Jihad dan Muslimah Syiqin. Syukran, Moga dirimu sentiasa dalam
redhaNya, ya sohibi...

Peraturannya:

Sahlan ginddan2.. Mai check this out..

Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:

1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu post ni pun tak ape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye gitu..



2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah. Hu2.. Calon2 dan pemenangnya:

  • Qalam_Jihad
  • Muslimah Syiqin


P/S: Amal Islam 100%. Moga kita boleh merealisasikannya, biiznillah (:

BUATMU TEMAN

BUATMU TEMAN





Temanmu terasa kuat tetapi temanmu tidak tahu sejauh mana diri mampu mengawal hati ini. Teman..seperti dirimu, sahabat ini takut api neraka. Sahabatmu sudah minta ia pergi jauh-jauh tetapi ia begitu degil dan tidak mahu berganjak. Baiknya, sokongannya ditakuti akan membawa masalah jiwa yang menyebabkan sahabatmu ini kembali tersungkur. Mohon kekuatan daripadaNya. Teman..sahabatmu ini begitu bahagia dengan kehidupan sekarang. Hati yang sentiasa cuba untuk dibersihkan. Mata yang mudah untuk mengalirkan airnya dihadapan kekasihnya. Moga dikau dapat mendoakan sahabatmu ini agar Allah pelihara sampai akhirnya. Akhiru kalam..renung-renungkan wahai teman..jadilah seperti mana dikau yang dahulu..jangan berubah..letakkan Allah di tempat tertinggi..hanya Allah dan untuk Allah..segalanya Allah..hidup dan mati hanya untuk Allah..penyerahan diri hanya kepada Allah. Moga kitakan sama-sama dapat mencapai apa yang pernah kita impikan dalam mengejar impian sendiri. Pesan buat dirimu jua diriku yang sering lupa..wallahualam.





SINAR CAHAYA AYAT KURSI

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah


sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan


lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,


Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,


setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua


memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..


KELUHAN SEORANG LELAKI UNTUK WANITA

| Keluhan seorang lelaki untuk wanita |





Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa...
Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaanmu di saat adam mendambakan seorang teman??
Tidakkah kau kasihankan kami yang asalnya kamu dari tulang rusuk kami??
Jika kau berakal pasti kau kasihankan kami..
kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu,
serlahkan auratmu, jarangkan kainmu,
bertutur ikut nafsu, bergaul tanpa rasa malu¿kenapa??
tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras2nya oleh ALLAH disebabkan perbuatanmu itu..

adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki??
sedarkah dikau ayahmu, adik lelakimu dan abg2mu jua asalnya dari kaum kami?? yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu..
kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati dan perbuatan untuk mengelak dari fitnah yang kau cipta.
Maafkan kami andai kau rasakan kami yg bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah yang sepatutnya kami warisi dari rasulullah..
andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH,
sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani,
siramilah kembali hati2mu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi sebahagian dari pejuang2 agama ALLAH yang kian hilang di akhir zaman ini..
sedarlah wahai wanita..
engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang, malah engkau juga seburuk2 hiasan andai iman tidak kau pegang..
sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah, janganlah kau biarkan dirimu terus jatuh dan terus tenggelam dalam permainan duniawi¿sesungguhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH..NAUZUBILLAH¿

Nasihatku untukmu¿

Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Alquran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan kepada lelaki¿..


PALESTIN...(MAAFKAN KESALAHAN KAMI)




Palestin,
Engkau umpama kucing yang kelaparan,
Memanggil umat Islam untuk bangkit berjihad,
Tetapi seruanmu itu umpama darahmu yang mengalir dialiran badanmu,
Hanya sedikit sahaja yang mendengar rintihanmu itu,
Mereka bangun dengan hanya satu tujuan yang nyata.

Al-Aqsa,
Dinihari engkau menangis,
Kesucian engkau dihina dan dinjak-injak begitu sahaja,
Tanpa ada rasa sifat peri kebendaan dan kemanusiaan,
Engkau dibakar,
Engkau diroboh sedikit demi sedikit,
Tetapi umat dunia ini tidak menyedari,
Terus lalai dalam kemewahan dan kesenangan hidup ini.

Rakyat Palestin,
Janganlah engkau risau dengan jihadmu itu,
Kerna Allah sentiasa ada disisimu,
Yahudi Laknatullah ini akan menerima azab-Nya yang tidak pernah berhenti.

Janganlah engkau gelisah,
Allah akan sentiasa menjaga kota yang letaknya masjid suci yang ketiga ini.
Malaikat akan sentiasa bersamamu wahai rakyat Palestin yang beriman,
bagi menegakkan kebenaran dan syiar agama yang teragung ini.
Tiada agama lain yang diterima-Nya selain Islam.


Oh Muslim,
bangunlah daripada lenamu yang sudah panjang lamanya.
Bukakanlah seluas-luas matamu.

Bukakanlah.
Rakyat Palestin tidak mahu sumbangan harta,
Tidak mahu wang berjuta-juta,
Mereka mahu umat Islam bersatu,
Bersatu berjihad untuk Islam.
Syahid menunggumu oh Mujahidin sekalian.
Berdirilah, Rapatkan tapak kakimu ke tanah,
Teguhkanlah kekuatanmu untuk Islam.


Allahuakbar!!


June 23, 2009

MUSLIMAH YANG DIKASIHI



SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA

SEKADAR RENUNGAN KITA BERSAMA..

Sebenarnya duit tak boleh bawak mati,
Bila mati,duit bukannya boleh bawak masuk kubur esok.
Yang masuk jadi teman kita nanti adalah amalan pahala kita.
Time kat dunia puaslah kumpul duit bagai nak nak rak,
Nak beli kain sutera dan satin untuk balut tubuh kita,
Tapi kat kubur esok guna kain cotton pputih je. Tak payah kumpul duit banyak-banyak,berela-ela pun boleh beli..
Kat dunia ni puaslah minum fresh orange,apple juice,mango juice..tapi kat dalam kubur esok,, guna skyjuice je la..untuk siram kita,,
Itupun kadang-kadang je diwarnai dengan kelopok-kelopok bunga mawar…
Kat dunia puaslah pakai paying berjenama,berenda-renda,
Tapi..kat kubur esok, pakai payung kertas je,nak tutup kepala kita,itupun tak tahan lama.
Kat dunia dulu puaslah cari batu permata paling mahal,paling lawa,
Berjuta la duit habis,..tapi kat kubur esok sama je,
Semua orang guna batu nisan.
Dulu kat dunia buat jahat sama-sama,bangga dapat kawan satu kepala,
Tapi kat kubur esok merana tanggung azab Allah tanpa partner..
Time kat dunia syok dengar lagu entah apa-apa tah,..besok,,kat kubur dengar talkin je..
Dulu kat dunia puas cari tilam empuk nak beradu, esok kat kubur mana dapat semua tu,, pakai tanh sejuk je..
Time kat dunia,dulu puaslah melancong sana sini ramai-ramai..esok dalam kubur dengar jelah derapan tapak kaki pergi tinggalkan kita seorang diri.
So,cubalah fikir-fikirkan amalan kita yang selalu kurang. Ingatlah azab Allah
Yang Maha berat dan seksaNya. Kita selalu mencari sesuatu yang boleh memberi nikmat kepada kita,dan apabila Allah memberinya kita alpa kepada Allah untuk mengucapakn syukur ke hadratNya.
BERINGATLAH!! Kita hidup di dunia hanya sementara..untuk bekalan di akhirat yang abadi..selalulah reload amalan kita..topup banyak.banyak..

nukilan~
http://setanggiukhuwwah.blogspot.com/search/label/mUhaSAbAh%20dIrI~

ALHAMDULILAH[REJAB KEMBALI LAGI]


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan
umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
P E R H A T I A N
Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat
melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

June 22, 2009

RAHMATILAH PERJALANAN DIRIKU

Ya Allah, kubuka lembaran catatanku ini dalam perjalanan mencari cinta & redha-Mu. Telah kudaki puncak derita sengsara tatkala Kau tiada di hatiku. Telah kujatuh tersungkur ke lembah hina bila hatiku jauh dari-Mu. Telah ku terapung di langit kecewa bila hilang nama-Mu dari jiwaku. Maka sehinanya sifat kehambaanku ini, restuilah perjalananku ini agar tak sesat di penjara waktu. Ya Allah, tiada serinya hidupku ini meskipun melimpah kasih insani sedang tiada pula kasih-Mu di hatiku. Maka restui & rahmatilah perjalanan diriku ini dlm m’cari jln pulang kpd-Mu dengan cinta yg suci & abadi.

UNTUK SAHABATKU..

"selamat brjuang sahabatku, sem0ga ALLAH berkatimu, kenangan indah bersamamu, takkan kubiar ia brlalu, berjuanglah hingga ke akhirnya, dan ingatlah semua ikrar kita.." brjuanglah untuk sebarkan islam walau di mana sahaja kita berada. kepada keluarga, sanak saudara, sahabat2 n orang2 disekeliling kita. "takkan surut walau selangkah, takkan henti walau sejenak, xkan berundur walaupun trpnggir, hnye demi islam''... Ni msj dri sahabiahku kpdku juga

Buat tatapan teman2 blog utk renungn kita brsama...

IMTIHAN

LA TAHZAN , INNALLAHA MA’ANA
(Jgn takut , Allah swt bersama-sama kita)

Bismillahi walhamdulillah
Dgn nama Allah , Tuhanku dan Tuhan sekalian makhluk di dunia ini. Dia-Lah yg Tuhan Maha Penerima Taubat.
.

ana nak berkongsi ilmu dengan sahabat semua..
syukran kepada hamba Allah yang membuat ayat ini.

Cuba bagi ana 1 nama hamba Allah yg tidak pernah langsung diuji di dunia ini.

Tiada kan ?

Sbb setiap makhluk ciptaan-Nya tidak akan terlepas dari melalui pelbagai ujian. Setiap makhluk akan melalui pelbagai ujian yg berbeza-beza. Kekayaan , harta,kecantikan,cinta,kebijaksanaan. Itu semua ujian. Tiada manusia yang tidak diuji dengan dugaan tekanan. Sama ada dirumah, pejabat atau keluarga, tekanan tetap ada. Malah tekanan itu dianggap sebagai lumrah dalam perjuangan dan hidup manusia sebagai hamba ALLAH.

Malahan , kekasih hati kita , Nabi saw sendiri diduga dgn pelbagai ujian.Malah ujian yg lagi mencabar brbanding kita.Sdgkan Kekasih Allah itu pun diuji , inikan pula kita.Sekadar hamba-Nya.Bagaimanapun, Rasulullah SAW memberikan penawar untuk berdepan tekanan seperti
sabda baginda yang bermaksud:

“ Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup keranan tidak ada satu bencana sama ada keranan terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan meningkatkandarjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan denagn kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”
[riwayat al-Hakim]

sekarang ini banyak masalah yang berlaku pada ana..
tapi alhamdulilah dengan pertolongan keluarga dan sahabat2 sekalian..
ana dapat menjalani ujian tersebut..

syukran :
mak
abah
kakak rini
kakak farah
adiq mala
adiq nanah
ara
mira
hunter Of redha

muslimah syikin
mhf
mhs
dan anda semua

tapi apa2 pun syukran sangat2 kat pakcik..
siapa pakcik 2..
biarlah ana saja yang tahu..
dia banyak tolong nasihatkan ana..


Biar KEPAHITAN itu pergi
Agar KEMANISAN mengisi
Biar KEKECEWAAN berlalu
Agar KEGEMBIRAAN mewarnai
Biar KEGELISAHAN lenyap
Jangan kita HILANG SEMANGAT
Biar PENDERITAAN itu menyapa
Agar KEKUATAN kita dijana semula
Biar diriku DERITA
Agarku tahu KEPAHITAN itu DERITA
Agarku sedar KESENGSARAAN ini tidak sama
Bahkan hanya CEBISAN dari penderitaan Rasulullah saw
ALLAH sekali-kali tidak menzalimi hamba-Nya
Tapi MANUSIA-lah yang menzalimi diri sendiri..



MUSLIMAH YANG DIKASIHI

SATU Pesanan Buat yang MUSLIMAH yang DIKASIHI
Kalau anti seorang yang menutup aurat, ALHAMDULILLAH ana ucapkan..
tapi INGATLAH bahawa anti terlepas pandang akan hal remeh ini..
Hatta anti memakai JUBAH, PURDAH @ TUDUNG LABUH sekali pun, anti lupa akan 1 hal yang begitu kecik sekali..
Yakni, KAKI..
Ejaan hanya 4 huruf, dengan berada dibawah pandangan orang, Anti terlupa untuk menutup KAKI anti..
"Seluruh badan wanita adalah aurat, kecuali muka dan telapak tangannya sahaja"
Jadi, KAKI adalah tergolong dalam aurat yang tidak boleh didedahkan sama sekali..
Rasulullah S.A.W.
telah menggambarkan orang yang suka menDEDAHkan AURATnya sebagai “DAGING YANG BUSUK” yang hanya menunggu “ANJING GILA” datang memakannya..
PENYELESAIANNYA??
Senang sahaja, pakai la stoking a.k.
a sarung kaki sepanjang masa.. ;)
TIADA HUKUM YANG LEBIH BAIK DARI HUKUM ALLAH

Allahua'lam..
May Allah bring back ISLAM to this world!!..Ameen
Allahuakhbar!!

INGAT MATI MENENANGKAN JIWA

Syeikh Said Hawwa Rahimahullah di dalam bukunya "al-Mustakhlas fi tazkiyyatin nafs" telah menyenaraikan bahawa mengingati mati sebagai salah satu cara berkesan untuk menyucikan jiwa manusia dari kotoran mazmumah. Dengan mengingati mati, bukan sahaja boleh menimbulkan rasa sesal di atas dosa yang dilakukan, malah ia boleh melahirkan ketakutan untuk meneruskan perbuatan yang dilarang oleh Allah Taala. Oleh kerana itu Nabi Muhammad s.a.w apabila ditanya siapakah yang paling bijak menurut pandangan baginda, baginda menjawab: (Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian.

Menurut al Imamul Ghazali rahimahullah, manusia terbahagi kepada dua golongan di dalam berhadapan dengan mati: Pertama: Golongan yang tenggelam dengan dunia dan hiburan serta kemewahan. Mereka ini amat takut dengan mati kerana terlalu kasih dan cintakan dunia. Kalau boleh mereka tidak mahu lansung ingatkan mati. Kalau ingatpun mereka akan berusaha mengeluarkan tenaga dan wang ringgit untuk memastikan boleh hidup lama. Atau terlalu bimbang memikirkan bagaimana hartanya akan digunakan oleh anak-anknya nanti.

Golongan ini merasa tidak penting ke Masjid kecuali hari Jumaat atau hari raya sahaja. Waktu lain dihabiskan dengan hiburan. Kerja dunia dilaksanakan bersungguh-sungguh dan bermatia-matian, tetapi amal ibadah dibuat ala kadar sahaja. Soal menutup aurat dianggap terlalu enteng dan remeh. Amat bencikan alim ulama, para hafiz al-quran dan pendakwah. Golongan ini memang susah untuk dilihat di masjid-masjid dan majlis-majlis ilmu, tetapi begitu senang melihat mereka di pesta-pesta hiburan dan konsert-konsert nyanyian yang melalaikan.

Kedua: Golongan yang apabila terdengar tentang kematian atau tazkirah bersangkutan dengan kematian akan timbul rasa takut dan bimbang akan nasib di alam kubur. Kesannya mereka akan bertaubat dan berusaha menjauhkan diri dari maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah Taala. Dalam masa yang sama mereka tidak meninggalkan dunia kerana mengingati mati itu menjadikan mereka sangat mengambil berat tentang ibadah dan ilmu pengetahuan. Hasilnya mereka memahami Islam yang sebenar yang menyuruh umatnya bekerja untuk dunia dan akhirat, manakala ingat mati menjadi benteng memelihara kerja keduniaan mereka supaya tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Imam Ghazali juga telah mengajar kepada kita bagaimanakah cara mengingati mati, antaranya:

1) Ingat kepada rakan atau sahabat yang telah meninggal dunia. Mungkin umur mereka sebaya dengan kita atau penyakit mereka sama dengan kita, oleh itu bila pula Malaikatul maut akan menjemput kita.

2) Ingat bagaimana cara mereka meninggal. Ada yang disebabkan penyakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis atau lemah jantung. Cuba tanya diri kita, apakah kita betul-betul sihat dan tidak akan menghidapi penyakit seperti ini. Atau ada yang ditimpa kemalangan tiba-tiba. Apakah kita boleh terselamat dari kemalangan seumpama ini.

3) Bayangkan kehidupan mereka sebelum mati. Ada yang meninggal dalam keadaan baik kerana penghujung hayatnya ia menjadi ahli masjid dan dekat dengan Allah Taala. Ada yang kita dapat lihat jenazah dengan wajah yang tenang bertemu dengan Allah Taala. Ada juga sahabat yang meninggal tetapi hayatnya penuh dengan maksiat, minum arak, disko, tinggal solat dan sebagainya. Lihatlah wajahnya yang penuh dengan tanda azab dan kengerian.

4) Ziarahi orang sakit dan nazak. Lihat bagaimana azabnya sakaratul maut dan betapa seksanya berhadapan dengan saat kematian.

Diriwayatkan bahawa seorang alim iaitu Ibnu Mutie, apabila tercetus di dalam hatinya tentang rasa kagum melihat rumah besar dan harta benda, terus sahaja ia menangis dan berkata: “Kalau tiada kematian, aku akan mencintai mu dan gembira sekali dengan rumah besarku. Andai kita tidak memasuki lubang kubur yang sempit, tentu mata kita akan terpesona selalu dengan kemewahan duniawi”.

Berkata pula Kaab r.a: “ Barangsiapa mengerti tentang dahsyatnya kematian, maka ringan baginya semua musibah dan kesulitan hidup di dunia yang fana ini”. Imam Syaddad rahimahullah pernah berkata: “Kematian adalah sesuatu yang paling menakutkan bagi mukmin di dunia, maut lebih sakit dari digunting, digergaji dan dicampak di dalam kawah menggelegak. Andaikata mereka yang telah meninggal dunia dibangkitkan dan menceritakan kepada orang yang hidup, nescaya tiada orang yang mengambil berat tentang dunia dan tiada yang akan dapat tidur lena”.

Para pemimpin terdahulu adalah terdiri dari golongan yangs sangat kuat iman dan ketaqwaan mereka. Mereka amat bimbang akan kuasa yang diamanahkan boleh membawa petaka kepada mereka di dalam kubur sekiranya amanah kepimpinan diabaikan atau digunakan sebagai jalan memburu kekayaan. Mereka amat takut jika ada rakyatnya hidup papa kedana sedangkan mereka tenggelam dalam kemewahan dan kemegahan duniawi.

Sebagai contoh, Khalifah Umar b Abdul Aziz boleh dikatakan saban minggu menjemput para ulamak berhimpun di istananya untuk memberikan tazkirah kepadanya tentang kematian. Setiap ulama diberikan kebebasan menegur dan menyentuh tentang keperitan mati dan azab di alam barzakh. Biasanya majlis itu akan diakhiri dengan tangisan khalifah kerana beliau bimbang dan takut akan azab yang menunggu sekiranya berlaku sebarang kezaliman di dalam pemerintahannya.

Hasilnya pemerintahan Khalifah Umar bin Abd Aziz telah berjaya menegakkan kembali kegemilangan pemerintahan Islam di zamannya meskipun hanya berkuasa selama dua setengah tahun. Setiap hari ada sahaja maksiat yang dihapuskan dan syariat yang ditegakkan. Natijahnya maksiat terus berkurangan manakala syariat Islam dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat. Imam Sufyan at Thauri rahimahullah pula apabila terdengar ada kematian atau terdengar cerita tentang kepedihan mati, sepanjang hari beliau tidak makan dan tidak berseronok.

Seorang ahli sufi pula telah mengungkapkan sajaknya dengan berkata: Lihatlah penguasa-penguasa dunia, Sibuk mengumpul kemewahan segalanya, Apakah dia boleh lepas dari lilitan benang dan lembaran kain kafan? Kematian pastinya akan menjenguk kita. Samada kita pemimpin atau rakyat. Kaya atau Miskin. Tua atau muda. Sihat atau sakit. Oleh itu segeralah bertaubat. Bagi yang sering melakukan maksiat seperti minum arak, meninggalkan solat, berzina , rasuah, berjudi dan sebagainya maka tinggalkanlah segera sebelum terlambat. Agar tidak menyesal apabila dimasukkan ke dalam liang lahad kelak.

NAUZUBILLAH

Nauzubillah...baca lah wahai umat Islam.

Body: Ni ade sikit info tentang game2 yang menghina Islam...so bagi peminat2 games tu...hati2lah ye...




Video game yg menghina agama Islam; Bacalah!




game yg menghina kita...diminta jasa baik saudara- saudaraku sekalian sebarkan komputer game yang menghina islam




1. Devil May Cry 3 (untuk platform ps2) Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yg menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata... dan yang membukakan pintu tersebut adalah character c.g.i. yg telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yg sememangnya islam melarang amalan itu ayat character c.g.i. itu ada membaca ayat... klau tak silap lebih kurang begini permulaannya. .. " wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan" [dalam bahasa inggeris] dan character itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. .. klau tak silap kitab bible.. . pasal di akhir scene character tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible... "wrath, sloth, lust, gluttony, dan tiga lagi ayat yg aku dah luper.....




2. Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia.. Kita kena lawan Tembak dgn askar2 yang BERAGAMA islam... Kalau kita sedar.. Masa kita tembak tuh.. Kita dengar Askar yg kna tembak jerit.. ALLAHUAKBAR. . JIHADD..





3. Prince Of Persia Pedang pada watak tuh.. Ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic




"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)




"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan



Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab:71)




Jika kita main game ini bermaksud kite juga menyokong apa yg mereka cuba sampaikan & mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan



kepada saudara - saudara kita kat luar sana...sebarkn kalo mampu...

TAKKAN ISLAM HILANG DI DUNIA

ISLAM? Apa sebenarnya Islam? Aku tidak pernah tahu. Sepanjang aku sudah tahu membaca, tidak pernah aku terbaca perkataan itu. Apa itu Islam? Ketika jiwa aku terasa kosong, aku teringat kata arwah datuk, “Kita ni orang Islam, Daniel. Kalau kamu terasa kosong, bacalah Quran, banyakkan sembahyang dan zikir malam. Islam itu agama dari langit. Nabinya Muhammad, Quran kitabnya dan ALLAH itu tuhan yang berhak disembah. Sembahyang itu maknanya; sembah Yang Maha Esa,”. Itu kata datuk.

Muhammad itu siapa? Quran itu apa? ALLAH? Tuhan itu apa? Untuk siapa? “Jangan dicari Islam,”. Bill menegahku ketika aku bercerita tentang Islam. Islam itu tidak lain hanyalah hijab yang membataskan minda. “Tetapi, dari apa yang aku baca, Melayu adalah Islam. Jadi aku adalah Islam,”. Bill mendengus. Segalanya kedengaran Islam dan Melayu hanya akan membuntukan minda kita. Sebab itulah orang Melayu pada abad ke-21 tidak maju. Pemikiran mereka disempitkan dengan fahaman dan idealisme Islam dan Melayu, Bill menambah.

“Islam dan Melayu tidak akan maju?”.

Bip. Satu mesej diterima.

Malam ini konsert sempena tahun baru. Konsert besar-besaran. “Hiburan lagi,”. Meggeleng-gelengkan kepala. Aku teringat, hiburan seperti ini dahulu pernah dibantah oleh rakyat. Kerana ini semua duniawi kata mereka. Santapan rohani yang merosakkan minda dan melalaikan iman. Iman? Apa iman? Aku tidak tahu. Tetapi sekarang, semuanya berlumba-lumba menganjurkan pesta yang segala macam.

“Hiburan itu hanya santapan untuk mereka yang mengejar dunia. Mereka yang tidak percaya hidup yang sebenarnya. Mereka yang jiwanya kosong,” pesan datuk kepadaku dahulu. Tetapi, sekarang, jiwa aku kosong. Hiburan ini tidak pernah dapat memenuhi jiwa aku. “Bukalah Quran, sebutlah nama ALLAH, dekati agamaNYA. Dekati ISLAM. Itulah santapan jiwa sebenarnya,”.

Aku tidak tahu apa itu agama. Tidak tahu Quran, tidak kenal Islam. ALLAH lagi tidak pernah aku dengar namanya. Jiwaku tandus, gersang dan perlu dibasahi. Tetapi aku tidak tahu dengan apa hendak dibasahkan. Dengan apa? Haruskah dibasahi dengan arak yang pelbagai macam atau keringat ketika berpesta sakan? Menatap segala macam kemajuan? Dengan agama? Tetapi aku tidak pernah mengenal agama.

Mengeluh. Menoleh keluar jendela.

Banggunan pencakar langit memenuhi segenap isi mayapada. Diantaranya, Menara Berkembar Petronas tersergam layu. Diteliti banggunan itu. “Dulu, KLCC tu pernah jadi kebanggaan kita. Bukti kejayaan kita dalam bidang kejuruteraan moden,”. Itu kata-kata datuk. Tetapi sekarang banggunan itu tidak sampai separuh pun dari banggunan lain sekarang. “Kita sudah maju Daniel. Kita dapat berdiri sama tinggi, duduk pun sudah sama rendah dengan negara Barat. Semua ini kerana kita,”. Bill menepuk dadanya.

“Bukan kerana Islam. Islam tidak dapat memajukan kita. Tidak dapat mendirikan banggunan kita. Tidak dapat menerbangkan pesawat laju kita. Islam ialah hijab yang harus kita buka. Pekung yang perlu kita tinggalkan,”.

Kemajuan, kemajuan dan kemajuan, tetapi untuk apa? Pesawat laju berterbangan memenuhi ruang angkasa Kuala Lumpur tidak pernah mententeramkan aku. Banggunan tinggi-tinggi mencakar langit Malyasia tidak pernah memenuhi jiwa aku. Kemajuan ini untuk apa? Untuk siapa? Selepas dicapai semua, selepas itu apa? Sampai bila baru kita akan puas? Sampai kiamat? “Kiamat?”. Aku membuka laman web yang lain.

Bip.

Terpapar satu window mengenai kiamat. “Kiamat, hari pengakhiran dunia dan seluruh isinya. Manusia dan semuanya akan dimatikan. Dibangkitkan dari kematian menuju mahsyar. Tidak akan dibawa mereka untuk dihisab selain amalan semasa hidup”. “Apa salahnya berhibur jika itu menyenangkan kita? Kenapa perlu bersusah beribadat siang malam? Kenapa perlu berlapar sampai sebulan? Kenapa? Datuk sekarang diuji dengan penyakit yang entah dari mana datangnya. Kalau agama itu benar, kenapa hendak menyusahkan kita?”. Aku bertanya ketika melawat datuk.

Aku masih berhingus waktu datuk sakit dahulu. “Dalam Islam, apa yang dikejar oleh umat-Nya ialah syurga. Syurga dan neraka itu tempat yang akan kita abadi tinggal di dalamnya,”. “Jadi?”. “Jadi apa?”. “Kenapa perlu menyeksa diri”. “Bukan menyeksa diri,cu. Bukan. Ini ujian kita. Untuk menguji iman kita. Syurga itu dindingnya dibina dari segala kepayahan. Neraka pula,dindingnya dari segala macam kesenangan dunia,”.

“Bila kita akan pergi ke sana?”
“Ke mana?”
“Syurga?”
“Kita semua tidak pasti di mana kita akan berada. Entah syurga, entah neraka. Tetapi apa yang pasti,kita akan pergi ke sana setelah datang kiamat. Kemudian kita akan dihisab. Yang baik, yang buruk, semuanya ditimbang. Selepas itu barulah kita akan ke syurga atau ke neraka,”.

Syurga? Neraka? Ah entah di hujung dunia yang mana kedua-dua tempat itu? “Bill, aku ingin mencari Islam,”. “Jika Islam yang kau cari, kau tidak akan jumpa di sini. Islam itu hanya di muzium, di arkib negara. Di sini, apa yang kau akan jumpa ialah kemajuan. Kalau ada pun cuma imam, bilal dan siak masjid yang hidup segan mati tak mahu. Sekarang apa yang kita mahu ialah sains dan teknologi”.

“Tapi kau pun sama seperti aku, Melayu. Datuk nenek kita juga Melayu. Melayu itu Islam. Jadi kau pun Islam, Bill,”. “Heh! Melayu? Islam?”. Bill ketawa. “Aku hendak guna nama Melayu pun aku tak mahu. Kau hendak cakap aku Melayu?”.

Ketawa. Lebih galak dari tadi. Ketawanya menyindir. “Kenapa kau beriya-iya hendak mencari Islam?”. Ketawanya reda sedikit. “Jiwa aku kosong,”. “Kosong? Pergilah berhibur. Kebetulan malam ini ada keramaian. Kau boleh dapat perempuan, arak dan segala macam pil yang buat kau rasa macam di syurga,”. “Syurga? Begitu mudah kau dapat rasa syurga?”. Bill senyum dan mengangguk kepala.

Tidak seperti kata datuknya. Hendak masuk syurga, perlu diuji dengan ujian yang menyeksakan. Terlentang sakit yang entah apa sebabnya, entah apa ubatnya. Syurga Bill, begitu mudah diperoleh. Jalan lain ke syurga katanya sejak dari dahulu. “Iya Daniel. Syurga, kau akan rasa bebas, sebebas-bebasnya,”. “Lepas itu? Selepas itu apa?”. “Selepas itu? Apa maksud kau?”. “Selepas aku tersedar. Selepas kesan pil itu habis?”. “Kita ambil sekali lagi,”. “Kemudian? Sekali lagi?”. Bill mengangguk. “Sampai bila? Sampai bila terus ambil pil itu? Sampai semuanya habis kita makan? Ataupun sampai badan kita sudah lali dengan kesannya? Selepas itu apa pula? Mencuba pil baru?”. “Ya! Kau sudah faham sekarang, Daniel,”. Bahuku ditepuk. Bill mengangguk.

Senyumannya lebar, lebar selebar-lebarnya. “Tapi..”. “Tapi apa lagi Daniel? Kau masih lagi hendak mencari Islam? Mencari Islam untuk memenuhi kekosongan jiwa kau? Karut! Itu semua karut Daniel. Sekarang kita sudah maju. Nah, sekarang semuanya ada pada teknologi. Teknologi boleh beri kta semua,”. Satu bungkusan kecil dikeluarkan. Pil berwarna-warni penuh di dalamnya. “Cubalah. Kau akan dapat syurga. Kau tak akan lagi mencari Islam,”. “Tapi..”. “Apa?”.


“Aku bukan tikus makmal, Bill. Cuba mendapatkan syurga dari teknologi. Aku percaya, ada yang syurga lebih besar dari semua teknologi ini. Syurga yang lebih indah dari apa yang kau gambarkan. Syurga yang cahayanya hanya kau akan jumpa dari nur yang sebenar-beanrnya dan bukannya dari limpahan cahaya lampu neon. Aku mesti mencari Islam,”. “Bill..”. Aku merapati Bill. Memegang bahunya. “Kalau Hang Tuah berkata; tak akan Melayu hilang di dunia, aku pula percaya, tak akan Islam hilang di dunia,”.