♥UKHUWAH♥

June 4, 2012

PERINGATAN


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan (Hasan al Basri)

YA ALLAH, PELIHARALAH CNTAKU. :)



SAJAK AMINAH QUTB

as salam semua, kali ni ingin berkongsi sebuah sajak dari Aminah Qutb.
yang merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb
beliau mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.

sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta Allah tiada penggujungnya.

sekiranya, 
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai.
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang melabuhkan cintanya kepada Allah
juga,

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
Maka,
campakkanlah kedalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana Mu,

Namun,
andainya dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
berilah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepada ku.

 [ semoga sajak ini menjadi dorongan dan panduan buat kita semua dalam pengertian sebenar cinta itu. :) ]


May 29, 2012

SUKARNYA MEMAAFKAN






Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika…
di pinggiran nostalgia
… sukarnya memaafkan
….sukarnya melupakan

Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan…
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah…
Hati kita tak kan terpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini…
Kita dipertemukan semula
…di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh…
Walau di awalnya terasa susah sungguh!

^^
ditujukan untuk?
walhualam.
senyum sayang
:)



MUSIBAH.



Salam Alaik..


"Musibah yang sebenar bukanlah jatuh tangga ditimpa tangga yang sering diperkata, ini pendapat pemilik blog, maaf andai menyinggung mana-mana pembaca, akan tetapi bila hati terputus hubungan dengan ALLAH dan hidup seperti tidak berguna lagi."


yang baik datang dari ALLAH, manakala yang buruk datang dari kelemahan empunya blog.
^^

SENYUMM..


"Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira."