♥UKHUWAH♥

August 17, 2009

BISAKAH AKU MEMASUKI MEDAN MU DENGAN IMAN DAN TAQWA




Ramadhan menyentuh qalbu dan nurani.. menyatukan hati-hati yang lupa pada Rabbnya..
KehadiranNya amat bermakna bagi mereka yang merindui Rabbnya..
Bulan barakah ini benar-benar mentarbiyah dan mententeramkan hati-hati yang ketandusan kasih Ilahi..
Sesungguhnya kerinduan ini amat mendalam terhadap Al-Khaliq,
Disini dibulan barakah ini terasa betapa hati-hati ini dekat denganMu..
Namun ya rabb....biarlah kesatuan ini berterusan hingga ke hari kebangkitan kelak...
Jangan sekali-kali Kau rentap kesatuan ini dari tempatnya...
Kerana sesungguhnya jalan yang dilalui terlalu mujahadah..terlalu payah ya Ilahi..namun dicuba dan disungguh-sungguhkan hanya kerana ingin menjadikan kecintaan kepadaMu sebagai satu kecintaan yang sangat agung...
CiNtA AlLaH iTu CiNtA hAkIKi ,CiNtA AlLaH cInTa AbAdI..

SAMPAIKAN MESEJ ISLAM SECARA BERHEMAH




TUGAS berdakwah kepada masyarakat Islam adalah antara kewajipan yang dituntut dalam usaha untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Perintah kewajipan berdakwah ini sememangnya banyak terdapat di dalam rentetan ayat al-Quran dan juga hadis Rasulullah. Di antaranya, firman Allah maksudnya: Serulah ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik. (surah al-Nahl, ayat 125)

Dalam surah yang lain, Allah berfirman lagi maksudnya: Adakah ucapan yang baik itu melainkan mereka yang menyeru kepada Allah dan berbuat kebaikan seterusnya berkata ‘sesungguhnya aku dari kalangan orang beriman. (Surah Fussilat, ayat 33)

Al-Sheikh Muhammad Amin al-Kurdi di dalam bukunya Tanwir al-Qulub menjelaskan bahawa ayat-ayat itu menjadi dalil yang jelas kepada kewajipan menyeru dan menegah. Kewajipan berdakwah dijelaskan al-Quran dan al-Sunnah dan ia adalah satu kewajipan yang amat besar lagi getir serta menjadi tonggak utama kepada agama, menjadi tiang atau paksi yang menegakkan binaan Islam, menyempurnakan segala peraturannya serta mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya.

Yang lebih menariknya, berdakwah kepada Allah adalah amalan kebaikan dan kebajikan yang diperintahkan agar hamba-Nya sentiasa berdoa untuk mendapatnya. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya. (Hadis riwayat Muslim)

Oleh kerana itu, Allah memerintahkan umat Islam supaya menyampaikan mesej Islam dengan penuh berhikmah. Hikmah adalah salah satu pendekatan terbaik dalam menyampaikan ajaran Islam di samping ia juga mempunyai kaitan dengan kesenian berdakwah. Ini kerana jika seorang pendakwah berdakwah dengan tidak mengambil kira pendekatan hikmah, sudah pasti akan menatijahkan kelompok sasaran semakin jauh darinya.

Sheikh al-Sabuni ketika mentafsirkan ayat di atas, menjelaskan pengertian berdakwah dengan hikmah dengan maksud menyeru dan mengajak manusia kepada agama Allah dan syariat-Nya yang suci dengan cara yang penuh bijaksana, berlemah-lembut dan beradab, sehingga dapat memberi kesan kepada mereka dan seterusnya dapat menerimanya dengan penuh kerelaan tanpa kekerasan dan kekasaran.

Sehubungan itu, Allah menggariskan etika berdakwah yang baik iaitu bersikap santun dan tidak bersikap kasar dalam tindak tanduknya. Ini kerana dengan bersikap kasar, orang bukan Islam bukan saja tidak tertarik dan juga tidak dapat melihat keindahan Islam, malah mereka juga akan terus membenci dan mencerca Islam, bahkan sampai ke tahap menghina Allah.

Oleh kerana itu, Allah berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu cerca benda yang mereka sembah yang lain dari Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan setiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka lakukan. (Surah al-An’am, ayat 108)

Jelas di sini bahawa Islam melarang umatnya mencerca orang bukan Islam dalam perkara ibadat mereka, apatah lagi mencerca sesama Muslim yang hanya sebab berlainan mazhab atau fahaman politik. Oleh sebab itulah berdakwah kepada kebaikan dengan tidak bersikap santun dan penuh hikmah hanya akan menyebabkan perpecahan dan perbalahan di kalangan umat.

Berdakwah adalah satu kewajipan yang amat mulia di sisi Islam dengan tujuan untuk mengajak orang kepada kebaikan dan kebenaran. Sekiranya golongan yang didakwahkan itu tidak tertarik dan terbuka pintu hatinya, maka itu adalah kehendak dan ketentuan Ilahi semata-mata. Oleh sebab itu, seorang pendakwah hendaklah bersabar dan berusaha dengan lebih giat lagi untuk mempamerkan keindahan Islam.

August 11, 2009

BERSYUKURLAH.. :)

bersyukurlah~

:)
bersyukur pada orang yang menyakiti kamu kerana dialah yang menabahkan kamu...


:) bersyukur pada orang yang menipu kamu kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kamu...

:) bersyukur pada orang yang tidak mengendahkan kamu, kerana dialah yang memupuk kamu berdikari...

:) bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah yang memperhebatkan kebolehan kamu...

:) bersyukur pada orang yang menyeksa kamu kerana dialah yang menguji kesabaran kamu...

:) bersyukur pada orang yang tidak menerima kasih kamu, kerana dialah yang mengajar kamu untuk mengenal cinta ilahi...

:) bersyukur dengan segaka ujian dariNya kerana semuanya meningkatkan iman kamu....

bersyukurlah.. ^_^

PESANAN BUAT WANITA ISLAM

ibtigho illa mardho tillah..

Kecantikan dan Airmata Seorang Wanita
"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikín seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

August 9, 2009

LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA



bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaykum wbt..
Salam ukhuwwah wa mahabbah buat sahabat smua..
Bertemu kerna Allah kita jua di sini..
subhanallah..maha suci ALLAH..
terlalu banyak dosa yang hamba lakukan..
terima taubatku ya ALLAH..Allahuakbar..
selamat beribadat dan bermuhasabah sahabat2..
yang baik itu segalanya dr ALLAH..
dan yg buruk itu dari diri ana sndiri..
salam mawaddah...

Ya Allah..kadang2 diri ana terlalu lemah untuk menerima segala ujian dan dugaan darimu Ya Allah..
sekarang ni banyak masalah yang ana lalui..
minggu ini ana bermain dengan pelbagai perasaan..
Ya Allah kau kuatkan la hati hambamu yang hina ini Ya Allah..
kau sembuhkan la penyakit yang dialami oleh orang yang ana sangat sayangi..
kalau boleh ana nak sangat menggantikan tempat beliau..
ana nak lihat sangat beliau tersenyum seperti dulu,berjalan seperti dulu dan melakukan perkara2 biasa yang selalu beliau lakukan..
saat ana menaip blog ini..ana menitiskan mata kerana tak sanggup melihat keperitan beliau~
hari ini beliau baru mengadu kepada ana setelah sekian lama beliau menahan sakit~
ana tak dapat menahan air mata..tetapi ana tidak akan sama sekali menjatuhkan air mata di depan beliau!
ana kena kuat!ya kuat tapi hakikatnya ana hanya manusia biasa..
Ya Allah kau kuatkan la hati hambamu yang hina ini untuk menjalani segala ujian dan dugaan..
kepada keluarga ana pula maaf andai ana ada terkasar bahasa~sayang sangat kat semua~
maaf kepada sahabat2 ana sekiranya ana ada menguris hati kalian..
kerana pada ketika itu ana bermain dengan perasaan..
maaf sangat2..ana doakan semoga hubungan kita semua kekal sehingga ke taman syurga~
insya-Allah..amin..kepada beliau yang sangat mengambil berat tentang diri ana yang sentiasa memerhatikan diri ana walaupun jauh,maafkan ana kerana ana sering menyakiti hati anda..bukan niat untuk menyakitkan..apa2 pun syukran..sangat menghargainya~
maafkan ana bukan hendak merahsiakn kepada kalian semua~tapi biarlah ana yang rasai sendri..
ana tak nak menyusahkan kalian yang sibuk belajar..ana doakn semoga kalian semua bejaya dunia akhirat~
tapi ana pasti ujian dan dugaan adalah tarbiyyah dari ALLAH yang bukannya mudah & bukan pula susah,ada mehnah & ada rencahnya.semua itu punya NUR hidayah buat hamba2nya, bila di uji xda keluh kesah, wujudnya rsa mahabbah, cintanya kpd ALLAH kian bertambah,hatinya kian tabah & jiwa raganya sepenuhnya pasrah.janji ALLAH itu pasti dan jgn sesekali berpaling tadah. salam mujahidah!!!

doaku...
pada jln b'liku,moga ALLAH luruskan langkah ana...
tika langit dunia runtuh,moga ALLAH teguhkan aqidah ana..
jika kesusahan datang,moga ALLAH kuatkan hati ana..
pada hati yg gelisah,moga ALLAH curahkan ketenangan dalam diri ana..
moga kasih ALLAH sentiasa bersama ana..ameen..

semasa ana mengalami ujian dan dugaan ana akan selalu membaca ini..

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo..a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". (QS; Al-Baqarah:286)

sekadar saling memperingati sesama saudara seislam...

Bila kau letih & hilang semangat,
Allah tahu betapa dirimu telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangisanmu berpanjangan & hatimu kedukaan,
Allah telah mengira titisan air matamu.
Bila kau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,
Allah setia di sisimu.
Bila kau telah mencuba segalanya tapi x tahu tujuan,
Allah ada jalan penyelesaian.
Bila tiada bererti buatmu, keliru & kecewa,
Allah adalah jawapannya.

Ya Allah,
kalau diri ini masih lagi dalam jahiliah berikanlah ana kekuatan untuk menarik nur
Islam dalam hati ana.
Kalau jejak langkah ana dalam kefasikkan,tolaklah ana kembali dalam haq.
Wahai Tuhan yang punya zat yang agung,
kalau diri ini selalu membuat Kau murka,tidak ada apa dapat ana persembahkan kecuali air mata taubat.
Kalau diri ini sukar untuk berubah dari kejahilan lampau,hantarkanlah apa sahaja supaya ana kembali ke jalan MU.
Wahai Tuhan Penguasa Langit Dan Bumi dan diluar serta di dalam nya.

"tak seperti bintang di langit.tak seperti indah pelangi.karna diri ana bukan lah mereka.ana apa adanya.menjadi diri ana dengan segala kekurangan.menjadi diri ana atas kelebihan ana.terima lah ana seperti apa adanya."

[ana hanya insan biasa yang tak mungkin sempurna]

[segala penghinaan akan ana tangkis dengan kelembutan..segala cacian akan ana sambut dengan senyuman..segala kemarahan akan ana balas dengan diam..segala kejahatan akan ana balas dengan kebaikan]insya-Allah..amin..Allahuakbar!!

Subhanallah,

alhamdulillah,laillahaillallah,ALLAHUAKBAR!

jzkk anti/anta!~


sekian,
Hambamu Yang Hina Ini Menerima Segala Ujian Darimu Dengan Redha..Engkau Tabahkanlah Hatiku Untuk Menjalani Ujian Dan Cabaran Yang Telah Kau Berikan padaku,Berikan Ku Keredhaanmu Ya Allah,Dekatkan Hatiku Tuk Bersamamu Ya Allah..T_T..

|Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya|