♥UKHUWAH♥
August 14, 2015
May 20, 2015
ALHAMDULILAH
ALHAMDULILAH
Syukur, kerana saya telah berjaya login blog ini.
*Menangis Dalam Hati*
Jujur saya lupa langsung mengenai kata laluan blog ini. Untuk hari ini, saya beranikan diri usaha lagi untuk login, akhirnya berjaya.
Moga Allah redha dengan tinta selepas ini.
InshaAllah.
Amiin.
:)
Wanita Besi Jambu / NAS
Kerinduan untuk dicoret pada blog.
Ya Rabbi.
August 11, 2012
DIUJI LAGI
Betapa Allah sayang kita, kita yang selalu terlupa akan hakikat tersebut, kasih sayang Allah melebihi murkanya. Allah uji. sabar. kuatkan hati. bukan manusia yang baik, penuh dengan dosa, masih membaiki diri, tak perlu kalian puji dan agungkan. pujilah Yang Maha Terpuji. Ya Allah, peluklah hati ini, di saat mulai rasa gelisah dalam diri. Dalam penantian penuh kesabaran ini hanya padaMU berharap. :)
MENCARI CINTA YANG DIREDHAI
Cinta adalah sesuatu yang fitrah
Kita tidak boleh lari dari kedatangan cinta itu
Setiap orang pasti pernah jatuh cinta,dicintai atau mencintai
Hanya yang perlu diingat adalah Cinta itu milik ALLAH SWT dan bermuara kepadaNYA
Jadi,ketika kita mencintai manusia
Kita harus mencintainya kerana ALLAH
Jangan sampai cinta manusia lebih besar Daripada cinta kita kepada ALLAH SWT
Manusia pasti akan mati
maka cinta manusia pasti akan mati jua akhirnya
Tetapi ALLAH tidak akan mati
Maka cinta kita kepada ALLAH jua tidak akan mati
DIA akan terus terbawa sampai ke akhirat
Cintailah ALLAH kerana DIA tidak akan meninggalkan kita semua.
"Saling mencintailah hanya kerana ALLAH..Saling menyayangilah hanya kerana ALLAH..Saling membahagiakanlah hanya kerana ALLAH..kerana hanya dari ALLAH sahaja dapat menumbuhkan rasa cinta,kasih sayang & kebahagiaan tersebut.."
..Bila dua diri mencintai ILAHI,bergabunglah jiwa bersatu hati,dua jiwa satu cinta,dua jasad satu matlamat,bila cinta kerana ALLAH,berpisahnya tidak gelisah,Bila rindunya kerana satu,bertemunya pasti tidak jemu,ukhuwah mahabbah itu indah bila bertemu dan berpisah hanya kerana ALLAH..
:Cinta lahirnya tidak dipinta..wujudnya terkadang sukar diduga..hadirnya membawa seribu makna..bagi insan yang tahu menghargainya..YA ALLAH,jagalah cintaku ini agar ia terus tetap dijalan yang Engkau redhai..ALLAHumma amiin:
"Taman yang disirami kasih sayang menyuburkan keimanan mengharapkan keredhaan ALLAH menjalin ukhuwah menyemai cinta & kasih ILAHI agar tersemai Islam dihati selamanya.."
June 4, 2012
BLOG BANYAK MENGAJAR CCKI
بسم الله الرحمن الرحيم
Memang sejak akhir-akhir ini, istiqamah nak membaca blog makin melonjak-lonjak. Thanks to Allah so much. Dia hantar something supaya tersedar dari lena yang panjang tadi.
Just know, i got the message from someone and that message make me inspired to read and suggest blogs.
Alhamdulilah.
: )
Sangat seronok blog walking! ^^
Kadang-kadang tarbiyyah boleh datang dalam bentuk permainan.
kadang-kadang tarbiyyah boleh datang dalam membaca.
kadang-kadang tarbiyyah boleh datang dalam facebook.
kadang-kadang tarbiyyah boleh datang dalam blog.
kadang-kadang tarbiyyah boleh datang dalam twitter.
kadang-kadang tarbiyyah boleh datang dalam bentuk lagu.
kadang-kadang tarbiyyah boleh datang melalui kawan juga.
Walaupun biasa. Tapi insyaAllah akan menjadi luar biasa. :)
Wallahualam.
sharing is caring dear.
^^
PERINGATAN
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan (Hasan al Basri)
YA ALLAH, PELIHARALAH CNTAKU. :)
SAJAK AMINAH QUTB
as salam semua, kali ni ingin berkongsi sebuah sajak dari Aminah Qutb.
yang merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb
beliau mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.
sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta Allah tiada penggujungnya.
sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai.
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang melabuhkan cintanya kepada Allah
juga,
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
Maka,
campakkanlah kedalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana Mu,
Namun,
andainya dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
berilah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepada ku.
[ semoga sajak ini menjadi dorongan dan panduan buat kita semua dalam pengertian sebenar cinta itu. :) ]
May 29, 2012
SUKARNYA MEMAAFKAN
Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama
Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu
Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika…
di pinggiran nostalgia
… sukarnya memaafkan
….sukarnya melupakan
Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan…
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah…
Hati kita tak kan terpisah
Dan entah kenapa tiba-tiba kini…
Kita dipertemukan semula
…di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh…
Walau di awalnya terasa susah sungguh!
^^
ditujukan untuk?
walhualam.
senyum sayang
:)
MUSIBAH.
Salam Alaik..
"Musibah yang sebenar bukanlah
yang baik datang dari ALLAH, manakala yang buruk datang dari kelemahan empunya blog.
^^
SENYUMM..
"Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira."
April 13, 2012
KEKUATAN
MILIKMU

diriku ini milikMu.
dia juga milikMu.
suatu saat pasti diantara kami akan menemuiMu.
satukanlah cinta ini..
walau apapun yang terjadi.
kerana bagiku semua anugerahMu adalah yang terindah, terutamanya si dia ;')
berilah kesederhanaan cintaku ini padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu dan kekasihMu.
jika diantara kami yang akan menemuiMu dahulu.
kami ikhlaskan takdirMu.
redhakan apa yang berlaku.
insyaAllah.
ku YAKIN akan JanjiMu itu PASTI.
dan KEPASTIAN itu yang akan menemukan kami semula di JannahMU ;')
ini kata hatiku.
dan ini yang sesungguhnya ku rasakan.
Aminn.
MACAM-MACAM

kehidupan adalah apa yg kita rasai sekarang.
kita berpijak dibumi yg nyata.
penuh senyuman ;) :) :D ^.^
penuh masalah ;( #₩® o.O
penuh cinta ♥ ♥ ;} ^.~
penuh dendam >:/ >:B ~.=
macam2 kita rasai.
namun itulah lumrah hidup atas yg Maha Bijaksana yg mengaturkan segalanya.
bersyukurlah, bersyukurlah.
kerana terjadinya sesuatu atas kehendaknya agar engkau tahu hidup ini tak selalunya indah ;')
KEBAHAGIAAN
TENANG

hadapi hidup ini dengan TENANG.
jangan kau ingat semuanya SENANG !
sabarlah jika dugaan MENDATANG.
kerana itu kasih sayang dari TUHAN !
pesanan ikhlasku buatmu TEMAN ;')
"Ya Wadud, dekatkanlah aku pada hambaMU yg sentiasa mengingatiMU, agar aku sentiasa istiqamah dalam agamaMu, cukuplah dengan ILMU mereka yg dikongsikan padaku memberi ERTI sebenar dalam setiap langkah tujuku."
LUPAKAN MASA LALU

lupakan masa lalu.
ambil positif pada setiap apa yg berlaku.
fokuskan apa yg ada dihadapanmu.
belajarlah setiap langkah menghadapi sesuatu,
walaupun engkau tidak pernah tahu.
dari semuanya itu engkau akan tahu apa maksud setiap kejadian yg berlaku.
perubahan fizikal dapat dilihat melalui caranya berfikir dalam meneliti setiap sudut mengenai Dunia & Akhirat.
PENGETAHUAN

kenyataan yg ingin ku kemukakan disini bahawa setiap kali dihina, dicaci, diperli, diumpat.
sejujurnya, secara langsung tidak memberikan kesan yg mendadak utk ku fikir jauh.
telah kurasai betapa pahitnya hidup ini.
dan semua itu mengaturkan langkah untukku lebih bijak menghadapinya.
realitinya semua itu memberikan hidup ini terus semangat untuk maju kehadapan walau banyak lagi rintangan bakal mendatang.
daku serahkan seluruh hidupku padaMu.
kerana ku tahu Hidup dan Mati bukan ketentuanku.
# terserah apa yang ingin dikatakan. kerana itu bukan membuat diriku terus jatuh dan putus asa sebaliknya memberikan penilaian hidup yang lebih bermakna bila ku selidiki semula.
akanku jalani hidup ini berlandaskan sesuatu yang membawa sinar lebih baik dari sebelum ini.
InsyaAllah.
Ikhlas dariku buat Pengetahuanmu.
BERTUDUNG LABUH.

bertudung labuhnya sy bukanlah ingin memaparkan imej alim atau ingin menunjukkan sy seorang yang alim. Tidak!
sy hanya ikuti tuntutan agama dan ini pilihan sy. maafkan sy.
andai kata sy tersilap sesuatu perkara, tegurlah sy. tunjukkan pd sy.
ajarkan sy.
Sesungguhnya sy akui diri sy masih byk kekurangan.
maafkan sy.
terima kasih.
^_^
DEBAT

berdebat merupakan salah satu benda yg sy SUKA.
suka sekali sy katakan disini bahawa menerangkan sesuatu pengetahuan untuk mengadili dlm pihak kebenaran. Islam mengajar kita bersikap jujur dlm kehidupan. jangan pernah mengaturkan dan mengatakan sesuatu benda yg sebenarnya engkau sendiri ragu-ragu atas kenyataan tersebut.
Bijaknya akal seseorang berfikir apabila dia mengatakan sesuatu secara automatik yg mengeluarkan kata-kata hikmah yg menjadi semuanya luas untuk dimengertikan dan dpt memeberikan kesan positif dlm apa jua keadaan dimata sekelilingnya.
# Hanya kerana kuatnya kepercayaan pada yg Maha Esa lagi Maha Bijaksana ia akan yakin apa yg didapati adalah sesuatu yg bernilai dan amat bernilai. sy sentiasa akan perbaiki diri kerana sy sedar diri sy yg penuh dosa lagi hina dan alpha. tetapi suatu kata yg istimewa dariku padaNya »» ku amat bersyukur atas apa yg ada difikiranku sentiasa diisikan dengan apa yg dikehendakiNya.
Yup, DIA Maha Mengetahui.
;')
"Alhamdulillah"
MASANYA

bila masanya telah tiba atas kehendakNya juga daku lakukan.
biar jauh dari cinta dunia.
biar jauh dari sesuatu yang terlalu indah.
biar niat ini ku pegang.
hanya satu yang ku pinta iaitu "pandanganMu".
telahku rasai betapa manis dan pahitnya kehidupan hingga membuat diriku sendiri yang menangis.
ku syukuri atas segala nikmat yang diberi. kerana Dia juga kita dipertemukan, dan kerana Dia juga kita akan dipisahkan.
Biar ketentuan itu dibawa hingga ke JannahNya.
Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)









.jpg)

